fbpx
Now Reading
“Axia Tak Sesuai Bawa Jalan Jauh” – Anak Ini Luah Terasa Dengan Kata-Kata Rakan Ibunya

“Axia Tak Sesuai Bawa Jalan Jauh” – Anak Ini Luah Terasa Dengan Kata-Kata Rakan Ibunya

Menurut individu berkenaan, meskipun ayat tersebut dari rakan ibunya namun kata-kata yang keluar dari mulut wanita berkenaan ketika bercerita membuatkan dia terasa hati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap anak pasti ingin mengembirakan hati kedua ibu bapa untuk membalas semula jasa dan pengorbanan mereka.

Walau bagaimanapun, cara setiap anak itu menghargai pengorbanan mereka sudah tentunya berbeza dan mengikut kemampuan masing-masing.

Ada yang memilih untuk membawa ibu bapa berjalan, memberikan wang secara bulanan untuk meringankan beban, tidak kurang juga ada yang memberikan kereta kepada ibu bapa untuk mempermudahkan urusan mereka.

Anak luah terasa dengan kata-kata ibu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Twitter mengenai seorang individu yang meluahkan dia terasa dengan kata-kata ibunya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh TWTSecretsMy, individu berkenaan menjelaskan dia baru sahaja membeli sebuah kereta baharu jenama Perodua Axia.

Kenderaan itu kemudian diberikan kepada kedua ibu dan bapa untuk digunakan.

Beli kereta Axia dan beri ibu bapa guna

Pada minggu lalu, dia telah menghubungi ibunya dan berbual seperti biasa namun ia berubah menjadi satu perbualan yang sukar diterima selepas si ibu menceritakan mengenai apa yang dikatakan oleh rakannya yang menyoal mengapa membeli kereta Axia.

Ini kerana rakan ibunya itu berpendapat kereta jenama tempatan itu tidak selesa untuk dibawa bagi perjalanan jauh.

Rakan ibu beritahu kereta Axia tak selesa dan patut jadi kereta kedua

“Mak saya cakap ada sorang kawan dia bagitahu kenapa beli Axia? Nak bawak jalan jauh tak sedaplah (tak selesa), macam-macamlah dia punya complain tu.

“Katanya Axia ini sepatutnya menjadi kereta kedua atau kereta tambahan sahaja,” luahnya.

Apa yang dikatakan oleh si ibu itu secara tidak langsung telah membuatkan hati individu berkenaan terasa apabila dia seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.

“Walaupun ayat tu bukan dari mak saya, tapi ia keluar dari mulut dia. Seolah-olah dia mengiyakan benda tu dan saya agak terasa.

“Saya kemudian meletakkan telefon macam tu je sebab takut terkeluar benda (perkataan) yang tidak sepatutnya,” katanya lagi.

Soal adakah salah jika terasa dengan ibu

Menurut individu itu, meskipun perkara tersebut telah berlalu seminggu lalu namun ia masih kekal diingatannya selain bertanya adakah salah sekiranya sebagai seorang anak dia terasa dengan ibu.

“Kalau seorang ibu boleh terasa dengan anak dia, salah ke kalau seorang anak terasa dengan ibu dia?” tanya individu itu.

Perkongsian individu berkenaan kemudiannya mendapat perhatian ramai, melihat di ruangan balas ramai yang menyatakan kereta Axia boleh digunakan untuk berjalan jauh malah ia sering dilihat meluncur di lebuh raya.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan individu itu juga boleh meluahkan perasaan dengan memberitahu kepada ibu bahawa dia terasa dengan kata-kata itu.

“Awal layak untuk rasa begitu. Malah, saya selalu menyangkakan ibu bapa sepatutnya menasihatkan anak-anak untuk tidak membazir dengan membeli perkara yang tidak sepatutnya, bukan sebaliknya.

“Membeli kenderaan sendiri adalah satu kejayaan yang besar. Pasti ia satu pengalaman yang sangat mengecewakan. Apa yang awak lakukan adalah baik untuk meletakkan telefon agar tidak berkasa dan tak sepatutnya rakan ibu berkata begitu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.