fbpx

Tun M Kongsi Sejarah Logo Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia [Video]

Menurut Dr Mahathir, matlamatnya mahu orang Malaysia belajar bagaimana menghasilkan kereta kerana ia merupakan bidang kerjuruteraan selain yakin rakyat negara ini mampu menghasilkannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Proton Saga merupakan kenderaan pertama daripada jenama Malaysia.

Malah mungkin segelintir daripada anda di luar sana yang mungkin membesar dengan kenderaan ini dan mempunyai kenangan tersendiri.

Casis dan enjin yang tahan lasak membuatkan kenderaan ini begitu disayangi oleh pemiliknya.

Bukan hanya itu, kami pasti sehingga ke hari ini pasti anda masih dapat melihat kenderaan ini meluncur di jalan raya. Selain itu, ia juga mempunyai peminat yang tersendiri.

Dr Mahathir kongsi sejarah logo Proton Saga

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan oleh Ragam Studio Media di TikTok memaparkan dua kendaaran Proton Saga keluaran tahun 1986 yang berwarna hijau dan 1989 warna merah yang telah dicantikkan semula untuk dipersembahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi video berkenaan DrMahathir turut menunjukkan logo pada kenderaan itu masih menggunakan logo yang lama.

Malah bekas Perdana Menteri itu turut berkongsi daripada mana beliau mendapat idea untuk menghasilkan logo proton pada ketika itu.

“Awak tahu mengapa logo ini bentuk macam tu?

“Jika kita tengok pada Logo Mitsubishi, ia mempunyai tiga bentuk tetapi saya ambil satu sahaja (untuk menjadikan logo Proton),” ujarnya.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan pemilik dua kenderaan Proton Saga itu kagum dengan beliau.

Proton Saga tahun 1989 masih cantik dan telah dibawa mengelilingi seluruh semenanjung Malaysia

Beliau kemudian bertanya mengenai dua kenderaan tersebut adakah ia masih berfungsi dengan baik.

Seorang individu yang dikenali sebagai Saga Pekak lalu menjelaskan kepada Dr Mahathir bahawa Saga berwarna merah itu telah berjalan mengelilingi Semenanjung Malaysia sebelum Covid-19 dan setakat ini tidak mempunyai sebarang masalah.

Manakala bagi kereta Proton Saga berwarna hijau itu pula ia baru sahaja disiapkan (dicantikkan) selepas diubah.

“Kereta ini sebenarnya dalam keadaan teruk, kami ubah semula daripada enjin dan body kit kenderaan juga kita buat semula,” ujar Saga Pekak yang bertanggungjawab untuk mencantikkan semula kenderaan itu.

Mahu pamer Proton Saga di kedai dengan tema ‘Proton Saga yang bercerita’

Seorang lagi individu yang juga usahawan dikenali sebagai Datuk Mohd Nor Affandi menjelaskan awalnya dia ingin membeli Proton Saga yang dimiliki oleh Saga Pekak.

Namun dia enggan, akhirnya dia meminta agar Saga Pekak untuk mencari sebuah kenderaan dan ingin meletakkannya di kedai dengan tema ‘Proton Saga yang bercerita’

Menurutnya, perkara itu kerana segelintir yang mempunyai pengalaman bersama kereta itu pastik akan menceritakan kisah-kisah mereka.

Dr Mahathir jelaskan kenapa mahu Malaysia hasilkan kenderaan sendiri

Dr Mahathir sempat mengelilingi kenderaan yang telah dibina semula dan kagum kerana ia kelihatan seperti baharu selain menyatakan sebab beliau mahu Malaysia mengeluarkan kenderaan sendiri.

“Masa tu (dahulu) kereta ini hanya 18% dari Malaysia dan selebih bahagiannya adalah daripada Jepun.

“Lepas tu sehingga sekarang sudah hampir 95%, Malaysia boleh melakukan sendiri semuanya.

“Matlamat saya supaya orang Malaysia boleh belajar macam mana nak buat kereta, kerana kereta adalah bidang kejuruteraan.

“Jadi kita dapat maklumat berkenaan kejuruteraan,” ujar Dr Mahathir.

Ujar Tun lagi, sebelum menjadi Perdana Menteri beliau telah ke Jepun dan melihat mereka boleh melakukan pelbagai perkara. Oleh itu, ia tidak ada sebab Malaysia tidak boleh melakukannya.

Malah beliau turut menyifatkan sekiranya Malaysia mampu menghasilkan kereta maka macam-macam lagi yang boleh dilakukan.

Sempat berseloroh ketika berada di dalam Proton Saga

Sementara itu, Affandi yang juga pengusaha Stesen Minyak di Bentong menyatakan dia telah menanti selama 50 tahun untuk berjumpa dengan Dr Mahathir.

Namun kenyataan itu dibalas dengan seloroh dari beliau sehingga membuatkan mereka tertawa.

“Saya tunggu lebih lama. Saya tunggu 95 tahun baru berjumpa awak,” katanya sambil ketawa.

Menerusi semakan kami, video yang tular di TikTok merupakan rakaman lama yang telah dikeluarkan pada 2 tahun lalu melalui YouTube Galeri Kereta.

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan pendedahan Tun Mahathir mengenai idea logo kereta berkenaan.

Malah ada yang menyatakan setelah 30 tahun barulah mereka mengetahui logo itu diinspirasikan daripada logo segi tiga Mitsubishi.

“‘Jadi awak bina semula semua? semua ni’ Saya tengok Tun pandang abang, saya dapat rasa Tun bangga dengan abang”

“Ingat lagi kecil-kecil dulu suruh ayah beli kereta ni.. dok cakap dekat ayah ‘nak ton ga’ (nak Proton Saga).. Ayah beli warna merah, tapi dah tak ada dah kereta tu sekarang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.