fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Rumah Warga Asing Sebabkan Kesesakan Di KL, Ini Yang Patut Anda Tahu

Tular Dakwaan Rumah Warga Asing Sebabkan Kesesakan Di KL, Ini Yang Patut Anda Tahu

Menurut data oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi tahun 2021, terdapat lebih 33 juta kenderaan berdaftar di seluruh negara, yakni melebihi jumlah penduduk negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kesesakan jalan raya terutamanya di ibu kota negara telah menjadi satu kebiasaan. Lebih-lebih lagi ketika waktu puncak, memang teruk ‘jam’ sampai boleh jadikan perjalanan dua kali ganda lebih lama.

Di tambah pula dengan musim hujan, kadang-kadang sampai trafik tak bergerak!

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dengan topik berkaitan rumah warga asing yang didakwa menyebabkan kesesakan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Topik ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Difahamkan, apa yang dimaksudkan dengan ‘buat sesuatu’ adalah seperti meluaskan jalan raya, membina flyover atau mewujudkan satu bulatan besar demi menyelesaikan isu tersebut.

Jalan Raya Sesak Sebab Rumah Di Tepi Jalan?

Persoalannya, benarkah rumah-rumah kos rendah di tepi jalan itu menyebabkan kesesakan jalan raya?

Pada tahun 2022, satu tinjauan telah dijalankan bagi menilai kesesakan trafik di tiga jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur (Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut dan Jalan Raja Chulan) dan hubung kaitnya dengan status penggunaan tanah.

Dapat disimpulkan bahawa sebahagian besar tanah komersial menyebabkan kesesakan jalan raya yang paling teruk di Jalan Sultan Ismail. Kesesakan jalan raya kedua teruk terjadi pada kawasan yang menempatkan banyak sekolah iaitu di Jalan Raja Laut, manakala responden paling kurang mengalami kesesakan di kawasan kediaman seperti Jalan Raja Chulan.

Oleh itu, tidak sepatutnya dikatakan rumah-rumah tersebut menyebabkan kesesakan trafik di jalan raya itu.

Sumber gambar: Unsplash

Sebab Jalan Raya Menjadi Sesak Di KL

Sebaliknya, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan jalan raya di pusat bandar menjadi sesak.

Penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjalankan satu kajian berkenaan masalah pengangkutan bandar di Kuala Lumpur.

Mereka mendapati bahawa banyak jalan utama menghala ke arah pusat bandar menjadi sesak, terutamanya ketika waktu puncak, disebabkan oleh penggunaan kenderaan persendirian yang banyak dan ketidakcekapan pengangkutan awam.

Selain itu, kekurangan tempat meletak kenderaan yang menyebabkan kereta diparkir di tepi jalan turut menyebabkan kesesakan.

Menurut AUTO.MY, terdapat beberapa keadaan lain lagi yang menyebabkan kesesakan jalan raya termasuk kemalangan dan banjir, kenderaan yang memotong barisan dan kewujudan plaza tol.

Jumlah Kenderaan Di Malaysia Lebih Banyak Berbanding Penduduk

Pakar pengangkutan, Profesor Dr Kulanthayan KC Mani dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata data oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 2021 menunjukkan bahawa jumlah kende­raan di Malaysia lebih banyak berbanding jumlah penduduk negara ini.

Beliau berkata Malaysia mempunyai 32.6 juta penduduk, tetapi terdapat 33.6 juta kenderaan berdaftar di seluruh negara. Perlu diingat juga bahawa bukan semua penduduk ini yang berada pada peringkat umur boleh memandu.

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia

Bina Lebih Banyak Lebuh Raya?

Ada juga yang berpendapat kerajaan harus meluaskan jalan raya atau menambah lebuh raya untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, tanggapan ini sebenarnya tidak benar. Menurut artikel semak fakta yang dikeluarkan Malaysia Bersuara, pembinaan lebuh raya baru hanya akan menarik minat orang ramai untuk menggunakannya dan turut menyebabkan kesesakan.

Seperti konsep ‘induced-demand’, apabila lebih banyak lebuh raya dibina, lebih banyak penggunaan kenderaan persendirian akan berlaku.

Sumber gambar: Unsplash

Pengangkutan Awam Kurangkan Kesesakan Jalan Raya

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadhillah Yusof, yang dahulu bertugas sebagai Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya, serta Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini turut bersetuju bahawa tiada jaminan pembinaan lebuh raya baru akan mengurangkan kadar kesesakan.

Sebaliknya, cara yang lebih bagus adalah dengan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sehingga mencapai 40% jumlah pengguna.

Sumber gambar: Unsplash
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.