fbpx
Now Reading
Elak Kereta Masuk Tikus, Wanita Beri Peringatan Jangan Parkir Berdekatan Tanah Berlubang [Video]

Elak Kereta Masuk Tikus, Wanita Beri Peringatan Jangan Parkir Berdekatan Tanah Berlubang [Video]

Menerusi video, wanita itu turut meninggalkan nota pesanan kepada sebuah kenderaan mewah selepas melihat terdapat beberapa ekor tikus keluar masuk daripada kereta tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang memiliki kereta pasti ingin memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan bersih.

Malah segelintir darinya turut menghantar kenderaan mereka ke pusat servis mengikut jadual yang ditetapkan agar kereta boleh berfungsi secara baik. Namun kadang kala insiden haiwan masuk di dalam kenderaan merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan antaranya ular, tikus, lipas dan banyak lagi.

Ada juga segelintir darinya yang tiba-tiba terbau, bau yang busuk dari dalam kereta dan apabila kenderaan dihantar untuk pemeriksaan rupanya ada haiwan yang duduk di bahagian depan bonet kereta.

Wanita ingatkan orang ramai jangan parkir kereta dekat tanah banyak lubang kerana ada tikus

Baru-baru ini, seorang wanita di TikTok (@bengtures) telah menarik perhatian apabila menasihatkan orang ramai untuk tidak meletakkan kenderaan berdekatan kawasan tanah yang banyak lubang.

Ini kerana, kebiasaannya lubang-lubang tersebut dihuni oleh haiwan perosak iaitu tikus.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita itu turut menunjukkan kelibat tikus yang berkeliaran di permukaan lubang tanah berkenaan.

“Ia (tikus) mungkin akan masuk ke dalam kenderaan anda, menggigit beberapa wayar, menjadikan kenderaan anda sebagai sarang untuk dihuni serta mempunyai keluarga di dalamnya (kereta).

“Seorang isteri rakan saya pernah mengalaminya apabila merasakan sesuatu sedang berlari di dalam kereta semasa sedang memandu, dan apabila membuat pemeriksaan mereka menemukan tikus yang telah melahirkan anak di bahagian penghawa dingin,” ujarnya.

Turut tunjuk beberapa ekor tikus masuk dalam sebuah kereta mewah

Malah wanita itu turut menunjukkan beberapa ekor tikus sedang memasuki sebuah kenderaan jenama mewah di kawasan sama.

Susulan itu, wanita berkenaan kemudian meninggalkan nota untuk memaklumkan kepada tuan kenderaan tersebut berhubung tikus yang telah masuk ke dalam keretanya.

“Jadi saya tinggalkan nota dan meninggalkannya pada kenderaan tersebut. Ini kerana sekiranya terdapat mana-mana individu terlihat tikus keluar masuk ke dalam kereta saya, saya mahu mereka untuk memaklumkan mengenainya,” kata wanita itu sambil meletakkan nota berkenaan di cermin kereta individu terbabit.

Dia juga berharap agar pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan agar haiwan itu tidak membiak di dalam keretanya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada wanita itu kerana berkongsi tentang perkara tersebut.

Tidak hanya itu mereka turut memuji tindakannya yang cuba memaklumkan kepada pemilik kenderaan berhubung haiwan perosak berkenaan.

@bengtures

PSA! Please don’t park near a place like this! #parking #rats

♬ original sound – bengtures – bengtures

“Oh My God, terima kasih sister bagitahu tentang ni. Memang confirm saya takkan letak kereta sini”

“Baiknya awal tinggalkan nota”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.