Penggunaan Kad Kredit Menurun, ‘Buy Now Pay Later’ Lebih Popular

Kemajuan teknologi pada masa kini diakui semakin memudahkan kehidupan manusia. Antara yang dapat dilihat adalah melalui pilihan platform atau kaedah pembayaran dalam memiliki sesuatu barang.

Sejak berdekad yang lalu, kad kredit menjadi pilihan pengguna khususnya buat individu yang berkemampuan sebagai satu cara untuk mendapatkan barang tanpa perlu membuat bayaran terlebih dahulu.

Namun kini selain kad kredit, terdapat pelbagai platform pembayaran yang menawarkan konsep ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL) atau dalam Bahasa Melayu Beli Sekarang, Bayar Kemudian kepada pengguna antaranya seperti:

  • SPayLater
  • Grab PayLater
  • Atome

Pengguna Kad Kredit Menurun, Lebih Memilih Konsep BNPL

Berdasarkan satu tinjauan yang dibuat oleh pembayaran platform digital, terdapat penurunan 9.0% dalam penggunaan kad kredit di platform tersebut. Ini menunjukkan berlakunya peralihan pengguna dari penggunaan kredit konvensional.

Kajian yang dijalankan terhadap 25,000 pengguna aktif oleh SeaMoney yang merupakan sebahagian daripada Sea Group diperolehi bagi mendapatkan maklumat daripada responden mengenai peranan BNPL, SPayLater sebagai penyelesaian kewangan alternatif.

Pinjaman Daripada Rakan & Keluarga Turut Menunjukkan Penurunan

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan pada suku pertama 2023 oleh SPayLater iaitu sistem BNPL yang ditawarkan oleh SeaMoney, data menunjukkan sebanyak 47% pinjaman yang dibuat daripada rakan dan keluarga telah beralih kepada perkhidmatan BNPL.

Malah, tinjauan itu juga menunjukkan pinjaman dari kedai pajak gadai juga menurun sebanyak 43% dan 20% daripada Syarikat Pemberi Wang (PPW) Berlesen.

Golongan Dengan Gaji Berbeza Dapat Manfaat Yang Berbeza

Menurut Ketua ShopeePay dan SeaMoney Malaysia Alain Yee, manfaat yang diterima oleh individu daripada BNPL adalah berbeza berdasarkan kategori pendapatan.

“Golongan berpendapatan rendah hingga sederhana menggunakan BNPL kerana mudah atau pembelian terancang, manakala kelas pertengahan menyukainya kerana fleksibel dalam menguruskan perbelanjaan yang tidak dijangka.

“Pengguna berpendapatan tinggi meneroka saluran kewangan alternatif tanpa menjejaskan kredit mereka. Penggunaan berkenaan membawa kami memahami tabiat kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Yee.

Selain itu, tinjauan tersebut turut menunjukkan 88.2% pengguna berpuas hati dengan BNPL SpayLater, 81.9% memilih akan mengesyorkan perkhidmatan itu kepada orang lain manakala 24.5% memilih SPayLater kerana perkhidmatannya yang mudah.

Untuk info, Shopee merupakan sebahagan daripada kumpulan Sea Group. SPayLater pula memberi kemudahan kepada pengguna dalam membuat pembayaran dengan membuat pembelian segera serta pelan pembayaran yang fleksibel.

Baca Artikel Berkaitan: Tips Jadi Pengguna Yang Bertanggungjawab Dengan ‘Buy Now, Pay Later’

Baca Artikel Berkaitan: Ubah Struktur Pembayaran Lewat, Shopee SpayLater Kini Patuh Syariah

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tiga Tips Yang Patut Anda Tahu Sebelum Guna Kad Kredit Buat Kali Pertama

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

3 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago