Tips Jadi Pengguna Yang Bertanggungjawab Dengan ‘Buy Now, Pay Later’
Buy Now, Pay Later ini akan memudahkan anda untuk menjaga ‘cashflow’ supaya tidak berbelanja secara berlebihan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pengalaman membeli-belah pasti lebih menyeronokkan apabila anda membeli-belah secara bijak. Temui produk sempurna bersesuaian dengan kehendak anda sambil memaksimumkan pengurusan kewangan anda.
Tapi kalau setiap bulan anda tak boleh mengawal keinginan dalam berbelanja, itu mungkin sedikit sukar sebab kena cari ‘trick’ macam mana nak pastikan perbelanjaan tidak mengganggu aliran kewangan (cash-flow).
Buy Now, Pay Later (BNPL) semakin popular di kalangan pengguna. Tapi, perbelanjaan melebihi kemampuan boleh mengakibatkan pengguna terperangkap dalam hutang.
Untuk mengelakkan ini, amalkan perbelanjaan bijak dengan SPayLater!
SPayLater dalam Shopee
Untuk yang belum tahu, SPayLater adalah satu perkhidmatan pembayaran (BNPL) yang menawarkan pengguna lebih fleksibiliti untuk membeli barangan menerusi aplikasi Shopee ataupun di kedai fizikal, dan pengguna hanya perlu membayar bil pertama diikuti dengan pembayaran secara ansuran (instalment) sehingga 12 bulan.
Untuk kedua-dua mod pembayaran BNPL atau ansuran bulanan (instalment), yuran pemprosesan sebanyak 1.5% akan ditambah dalam jumlah keseluruhan pesanan tersebut.
SPayLater akan mengingatkan anda untuk membuat pembayaran bil sebelum tarikh akhir bayaran untuk mengelakkan caj bayaran lewat sebanyak RM10.
Berbelanja mengikut bajet tertentu boleh menjadi cabaran bagi seseorang individu, namun dengan perbelanjaan melalui SPayLater dapat membentuk fleksibiliti kewangan dalam tempoh panjang.
Cara Untuk Jadi Pembeli Yang Bertanggungjawab dengan SPayLater
Sini kami kongsikan beberapa tips untuk diamalkan sebelum menggunakan SPayLater:
#1 Keperluan Atau Kehendak?
Tanya diri sendiri sebelum berbelanja, sama ada anda perlukan barangan itu ataupun ianya hanyalah kehendak? FYI, keperluan dikategorikan untuk kelangsungan hidup seperti makanan, barangan runcit, petrol, dan lain-lain.
Berbelanjalah secara bertanggungjawab dengan SPayLater untuk keperluan daripada kehendak anda!
#2 Adakah Bajet Akan Lari Walaupun Guna Ciri BNPL?
Bila menggunakan SPayLater, kami nasihatkan anda supaya membuat pengiraan perbelanjaan bulanan akan datang. Ini adalah kerana ia akan berpotensi ‘mengganggu’ aliran tunai dan simpanan anda, terutama apabila berurusan dengan pembayaran ansuran yang boleh membawa masalah kepada bajet bulanan anda. Dengan itu, anda perlu pertimbangkan perbelanjaan anda dengan penuh teliti dan rancang bajet bulanan anda terlebih dahulu!
#3 Buat Kajian Dulu!
Sebelum menggunakan SPayLater, anda juga perlu mengambil perhatian kepada terma dan syarat SPayLater seperti caj lewat dan yuran pemprosesan sebanyak 1.5%. Anda boleh menjumpai laman Soalan Lazim (FAQ) di sini. Selain itu, elakkan pembelanjaan secara impulsif walaupun anda memiliki had kredit yang tinggi. Anda juga boleh nikmati pulangan wang tunai atau pelbagai ganjaran untuk berjimat dengan lebih menggunakan SPayLater.
Kebaikan Pengurusan Kewangan Yang Baik dengan SPayLater
Bila anda jenis yang berdisiplin bab pengurusan kewangan, anda mesti pastikan dapat jejak perbelanjaan kewangan bulanan anda kan? Dan, apa yang paling penting adalah keadaan kewangan anda tidak terikat dengan bebanan hutang yang melampau. Dengan menggunakan SPayLater, ia sememangnya membantu untuk ‘keep track’ perbelanjaan dengan lebih mudah sebab setiap bulan anda akan tahu berapa jumlah yang perlu dibayar tanpa caj lebihan (melainkan tambahan caj lambat bayar).
Gunakan SPayLater di kedai-kedai fizikal untuk dapatkan ganjaran!
Anda tahu tak, dengan menggunakan SPayLater menerusi aplikasi Shopee di kedai fizikal, anda boleh nikmati pelbagai ganjaran? Contohnya, anda imbas mana-mana Kod QR DuitNow di lebih 1.6 juta kedai fizikal atau dapatkan cashier untuk mengimbas kod QR ShopeePay anda untuk nikmati ganjaran tunai sebanyak RM5 bagi pembayaran kedai fizikal pertama serta 300 Syiling Shopee selanjutnya, setiap hari.
*Rujuk terma & syarat kempen.*
SPayLater Sokong Bulan Literasi Kewangan Sepanjang Oktober 2023
Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) mengadakan Bulan Literasi Kewangan pada setiap bulan Oktober untuk meningkatkan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia. FEN juga akan menganjurkan ‘Karnival Celik Kewangan’ di AEON Mall, Kulaijaya, Johor pada 27 – 29 Oktober 2023 yang menawarkan pelbagai aktiviti, reruai dan cabutan bertuah.
Jom start shopping dan menggunakan mod pembayaran SPayLater!