Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Kanan Polis Didakwa Atas Tuduhan Membunuh

[Kemaskini] Mohd. Nazri Abdul Razak, 44 yang berpangkat Deputi Superintenden didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian pelajar sekolah, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie pada Jumaat, 15 Disember.


Jumaat (15 Disember) lalu, tular kes kemalangan maut membabitkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Jalan Taman Jati 1, Ipoh, Perak yang dipercayai dilanggar oleh seorang pegawai kanan polis menaiki kereta Perodua Ativa.

Difahamkan kejadian kemalangan itu berlaku kerana pemandu Ativa terbabit dikatakan tidak berpuas hati disebabkan mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie membuat bising menggunakan ekzos motosikal.

Susulan daripada kejadian itu pihak polis telah meminta saksi kepada kes berkenaan untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Baca artikel berkaitan: Pelajar 17 Tahun Maut Kes Langgar Lari Depan Sekolah Di Ipoh

Baca artikel berkaitan: “40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih” – Luahan Bapa Zaharif Buat Ramai Sebak

Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Jabatan Peguam Negara kemudiannya memaklumkan kes kemalangan jalan raya tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini (18 Disember) dan anggota polis terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek.

“Justeru, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada Isnin (18 Disember 2023),” katanya.

Menurutnya lagi Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh bagi memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan.

[Kemaskini] Mohd. Nazri didakwa bunuh Muhammad Zaharif

[Kemaskini] Terbaharu, Mohd. Nazri Abdul Razak, 44 yang berpangkat Deputi Superintenden didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian pelajar sekolah, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie pada Jumaat, 15 Disember.

Memetik laporan Kosmo, pegawai kanan polis, Mohd. Nazri Abdul Razak, 44 yang berpangkat Deputi Superintenden mengangguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan oleh Majistret S. Punitha.

Namun tiada sebarang pengakuan yang direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan Mohd. Nazri yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, di Jalan Taman Jati 1, berdekat SMK Jati antara pukul 12.05 hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2024.

Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun. Jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi sebelum itu memohon tarikh sebutan sementara menunggu laporan-laporan lain termasuk laporan kimia.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan diketuai Azlina Rasdi bersama Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha Jora Singh dan Low Qin Hui.

Tertuduh pula diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong.

Sebagai info Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin Razarudin Husin sebelum ini memaklumkan, pegawai terbabit akan ditahan kerja sejurus sahaja didakwa di mahkamah.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

15 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

15 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

17 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

18 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

19 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

19 hours ago