Isu Buka Rumah Pelacuran, Menteri Agama Sifatkan Ia Cadangan Yang Perlu Ditolak Masyarakat

Sejak semalam (8 Januari), kecoh di media sosial apabila pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor memberikan pandangannya berhubung pusat pelacuran di negara ini sehingga menerima kritikan yang teruk.

Pendapat itu dilontarkan pelakon berkenaan dalam satu klip video podcastnya yang bertajuk Hitam Putih Kehidupan apabila menyifatkan pusat pelacuran perlu ada di negara ini supaya lelaki warga asing yang berada di Malaysia dapat melampiaskan nafsu mereka serta tidak menjadikan warga tempatan sebagai mangsa.

Pandangannya itu bagaimanapun mendapat tentangan hebat daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengannya dan menyifatkan pusat atau rumah pelacuran merupakan suatu perkara yang tidak bermoral dan sepatutnya diharamkan daripada beroperasi di negara ini.

Malah golongan agamawan turut mengkritik cadangan pelakon berkenaan antaranya Mufti Pulau Pinang, pendakwah bebas seperti Ridhuan Tee dan juga PU Syed.

Baca artikel berkaitan: Rosyam Nor Teruk Dikritik Gara-gara Beri Pandangan Malaysia Perlu Ada Pusat Pelacuran [Video]

Baca artikel berkaitan: Haram Dalam Islam Beri Cadangan Wujudkan Rumah Pelacuran – Wan Salim

Aktiviti pelacuran merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan di Malaysia


Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar turut menyifatkan cadangan itu telah mengundang kepada polemik dan kontroversi dalam masyarakat.

Ini kerana aktiviti pelacuran merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan dalam undang-undang di negara ini.

“Pelacuran merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Antara peruntukan berkaitan kesalahan pelacuran adalah mengikut Seksyen 372, Seksyen 372A, Seksyen 372B dan Seksyen 373.

“Di samping itu, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] juga terdapat beberapa peruntukan yang berkaitan dengan kesalahan pelacuran, antaranya Subseksyen 21– pelacuran; Seksyen 22 dan Seksyen 23.

“Selain itu, di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persektuan) 1997 juga ada memperuntukkan kesalahan kepada mana-mana individu yang menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 35 Akta 559,” katanya.

Jenayah yang berat di sisi undang-undang Islam

Tegas beliau lagi, aktiviti pelacuran juga merupakan jenayah yang berat di sisi undang-undang Islam dan termasuk dalam kategori hudud.

Ini kerana ia adalah satu perbuatan yang melibatkan hubungan seksual di luar hubungan perkahwinan.

“Zina didefiniskan oleh Al-Sarkhasi dan Ibn ‘Abidin, dari mazhab Hanafi sebagai persetubuhan haram dengan perempuan hidup melalui vagina yang dilakukan dalam negara Islam, yang mana perempuan itu secara jelas bukanlah daripada isternya yang sah.

“Definisi ini dilengkapkan lagi oleh AL-Zaila’i yang juga merupakan ulama mazhab Hanafi dengan menambahkan elemen kerelaan dan tanpa paksaan dalam definisi zina, iaitu, ‘persetubuhan haram dengan perempuan hidup (bukan mayat), yang bukan di bawah pemilikannya (hamba), atau isterinya, secara sukarela dan tanpa paksaan, yang mana ia berlaku dalam negara Islam’.

“Sementara itu terdapat ulama dari mazhab Maliki, Syafi’e dan Hanbali meluaskan skop zina dengan memberikan definisi zina sebagai ‘persetubuhan haram sama ada melalui vagina ataupun dubur oleh seorang lelaki dewasa yang siuman dengan perempuan yang bukan isterinya’.”

Secara umumnya, perkara seperti rogol di bawah jenayah zina telah dibincangkan oleh ulama terdahulu, ini kerana hal tersebut mempunyai perkaitan rapat dengan persetubuhan haram.

Cadangan membuka rumah pelacuran perlu ditolak setiap masyarakat

Oleh itu, cadangan untuk membuka rumah pelacuran seperti yang pandangan yang diberikan sebelum ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan hendaklah ditolak oleh setiap lapisan masyarakat.

Kata Dr. Na’im untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadap, kaedah fikah (fiqh) perlu dijadikan panduan, kemudaratan tidak boleh dihilangan dengan kemudaratan yang lain.

“Justeru, cadangan yang diberikan adalah bertentang dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah. Bahkan secara jelas bertentang dengan prinsip-prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah,’ ujarnya lagi.

Sementara itu, Rosyam menerusi Instagram miliknya tampil memohon maaf dan tidak sangka ia menjadi tular dan memaklumkan itu adalah promosi kepada program podcastnya di Suhan Channel yang bertajuk ‘Otak Porno’.

“Minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.

Baca artikel berkaitan: “Tak Sangka Benda Ini Akan Jadi Viral” – Rosyam Nor Mohon Maaf Isu Cadang Rumah Pelacuran [Video]

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

11 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

11 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

11 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

13 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

14 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

15 hours ago