fbpx
Now Reading
Isteri Tun Daim Zainuddin Dakwa Suaminya Dianiaya Kerana Berjaya & Kaya

Isteri Tun Daim Zainuddin Dakwa Suaminya Dianiaya Kerana Berjaya & Kaya

Menurut isteri Daim, suaminya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan menjadi hartawan sebelum menganggotai Kabinet pada 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri kepada bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na’imah Khalid mendakwa suaminya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah kerana kejayaan.

Dakwa Na’imah, suaminya difitnah dan wujud kempen memutarbelitkan untuk memburukkan dan menggambarkan suaminya sebagai perasuah kerana sangat kaya.

Tidak menjadi kesalahan untuk berjaya dalam bidang perniagaan di Malaysia

Sebagai sebuah negara bebas dan mengamalkan demokrasi, Na’imah berkata tidak menjadi kesalahan untuk suaminya berjaya dalam bidang perniagaan, sebaliknya menguntungkan negara melalui pembinaan ekonomi serta peluang pekerjaan.

“Suami saya dianiayai disebabkan kejayaan itu, kejayaannya kini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah,” katanya dipetik FMT.

Difahamkan, siasatan terhadap Daim dilakukan berhubung sitaan bangunan Menara Ilham milik individu tersebut oleh SPRM sekitar bulan Disember 2023.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan Daim sedang disiasat kerana dipercayai terlibat rasuah dan pengubahan wang.

Foto: malaymail

Isteri dakwa Tun Daim menjadi hartawan sebelum sertai kerajaan

Dalam pada itu, Na’imah juga mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan menjadi hartawan sebelum menganggotai Kabinet pada 1987.

Ujarnya, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyukai Daim, beliau seharusnya menghormati prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Inilah yang dilakukan perdana menteri yang beberapa kali kebelakangan ini mendakwa suami saya memiliki kekayaan haram tanpa memberikan sedikit pun bukti.

“Adakah perdana menteri mencadangkan ahli perniagaan Melayu yang berusaha keras dan berkebolehan tidak boleh menjadi kaya tanpa menggunakan jalan tidak sah atau haram?” katanya.

Menara Ilhan disita SPRM dipercayai kerana kes penyelewengan dana negara RM2.3 bilion

Terdahulu, negara digemparkan dengan berita penyitaan bangunan Menara Ilham dipercayai berhubung kes penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.

Difahamkan, bangunan terbabit yang turut menempatkan pejabat tokoh korporat berkenaan disita di bawah Akta SPRM 2009.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.