‘Daddy Ash’ & 2 Kekasih Didakwa Di Mahkamah, Mengaku Tidak Bersalah Buat Iklan Persundalan

Baru-baru ini masyarakat Malaysia digemparkan dengan insiden seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki merakam dan menjual video aksi lucahnya bersama puluhan wanita di aplikasi Twitter (X) dan Telegram.

Selain lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Daddy Ash atau Hot Daddy, dua orang teman wanitanya turut ditahan pada hari yang sama menerusi satu serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kemudiannya memaklumkan telah menyekat akaun telegram yang digunakan individu terbabit untuk menjual aksi jeliknya itu.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) suspek telah menawarkan dua pakej kepada pelanggannya iaitu pakej 200 video dengan bayaran RM100 manakala pakej RM20 untuk 13 video.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Rakam & Jual Aksi Seks Dengan Lebih 20 Wanita Ditahan Polis

Baca artikel berkaitan: SKMM Sekat Akaun Telegram Lelaki Rakam & Jual Aksi Seks Dengan Lebih 20 Wanita

Daddy Ash dan dua kekasih didakwa di mahkamah

Terbaharu hari ini (26 Januari) Daddy Ash atau nama betulnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dalam media sosial.

Dia dituduh membuat pengiklanan tersebut bersama dua teman wanitanya iaitu Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24.

Kesemua mereka bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan di bacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

“Faham dan tidak (bersalah),” kata mereka.

Buat iklan khidmat persundalan secara bersama

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu bersama dua wanita berkenaan didakwa secara bersama membuat pengiklanan khidmat persundalannya menggunakan akaun ‘NotYourDaddyy’ dalam aplikasi X di mana orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat D7, Bukit Aman, Kuala Lumpur pada pukul 10.10 pagi, 16 Januari lalu.

Sehubungan itu pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca dibawah Seksysn 34 kanun yang sama yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latif sebelum itu tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh kerana kesalahan tidak boleh dijamin selain mengambil kira kepentingan awam.

“Bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

“Jumlah itu ialah sesuai kerana mengambil kira kepentingan awam selain pertuduhan kesalahan dikategorikan dalam jenayah yang serius,” katanya.

Peguam, Mohd Faris Abrar Othman yang mewakili ketiga-tiga mereka bagaimanapun merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar yang minimum.

Jelasnya ini kerana ketiga-tiga tertuduh tiada kebarangkalian untuk melarikan diri kerana status mereka sebagai rakyat tempatan selain keluarga mereka juga menetap di sini.

“Hasli Ikhwan perlu menjaga bapanya berusia 67 tahun yang mempunyai sejarah sakit buah pinggang selain mempunyai tiga anak berusia 12, 10 dan empat tahun.

“Norshazrina bekerja sebagai pengurus swasta dengan gaji RM4,000 sebulan dan menanggung ibu berusia 56 tahun yang mempunyai penyakit jantung manakala Norhidayah tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.

Hakim Siti Aminah kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 28 Februari depan untuk serahan dokumen.

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

3 mins ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

28 mins ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

1 hour ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

2 hours ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

3 hours ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

4 hours ago