fbpx
Now Reading
Lelaki Rakam & Jual Aksi Seks Dengan Lebih 20 Wanita Ditahan Polis

Lelaki Rakam & Jual Aksi Seks Dengan Lebih 20 Wanita Ditahan Polis

Jelas Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Suhaily, suspek turut belajar cara rakam lakukan seks ganas dengan teman wanita untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak dan menjualnya di tiga saluran Telegram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan oleh polis selepas kantoi melakukan aktiviti haram iaitu menjual video lucah serta membuat hubungan seks bersama lebih daripada 20 wanita yang mempunyai kerjaya profesional.

Jualan itu dilakukan oleh lelaki terbabit menerusi media sosial dan dia telah ditahan oleh polis di Janda Baik, pada petang 17 Januari.

Menerusi serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dua teman wanita kepada lelaki berkenaan turut ditahan pada jam 2.30 petang.

Mereka berusia 23 serta 27 tahun dan telah ditahan di kediaman yang turut dihuni oleh bapa kepada suspek.

Awalnya jual ubat kuat seks dari China di media sosial pada awal tahun 2023

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain, berdasarkan siasatan awal yang dibuat lelaki terbabit mula terlibat dengan aktiviti menjual serta mempromosikan ubat kuat seks dari China di platform media sosial sejak awal tahun 2023.

Dia yang pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali itu telah dikesan menerusi maklumat dan risikan yang dibuat JSJ Bukit Aman berhubung aktiviti yang mempromosikan aktiviti seks dirinya.

Rakam dan jual aktiviti seks sendiri di 3 platform Telegram

Aktiviti seks itu telah dirakam serta dijual kepada orang ramai sebagai tontonan dalam saluran tertutup (berbayar) di aplikasi Telegram.

“Demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara baharu merakam video dia melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu.

“Tidak hanya teman wanita, suspek yang juga disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo atau lelaki upahan, turut meniduri sebahagian wanita dalam saluran aplikasi Telegram berkenaan,” jelas Mohd Shuhaily, lapor Kosmo.

Lebih daripada 2,000 pelanggan membeli pakej video seks yang ditawarkan

Ujarnya, modus operandi suspek adalah dengan mempelawa pelanggan untuk membuat langganan melalui pautan promosi yang telah diiklankannya menerusi Telegram sebelum membuat pembayaran seperti yang dipersetujui.

Sebaik pelanggan berjaya membuat pembayaran, lelaki terbabit kemudiannya akan memberi pautan untuk pelanggan menonton video lucah yang telah dilakonkan serta dirakam olehnya.

“Siasatan juga mendapati setakat kelmarin (16 Januari) suspek mempunyai 2,051 pelanggan untuk pakej 200 video dengan bayaran RM100 dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video.

“Semua pelanggan aplikasi ini adalah rakyat Malaysia daripada golongan lelaki miang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat.”

Turut ada wanita yang mempunyai keinginan tiduri suspek

Bukan hanya itu, terdapat juga antara wanita berkenaan yang ingin meniduri lelaki tersebut malah ditawarkan syarat agar hubungan seks itu dirakam bagi jualan seterusnya.

“Pada masa ini suspek dan dua teman wanitanya yang ditahan turut dikesan melakonkan aksi lucah dalam video seks yang dijual selain berusaha mengesan wanita lain yang turut terbabit dalam puluhan rakaman video yang dikesan.

“Polis menemui semua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya. Selain dua kad ATM yang digunakan sebagai akaun langganan,” ujarnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Suspek dan dua teman wanita direman lima hari

Selain itu, kesemua yang ditahan telah mendapat kebenaran reman selama lima hari oleh Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Tambah beliau lagi, kes tersebut merupakan yang pertama kali dikesan berlaku di negara ini.

Malah perkara tersebut perlu di banteras dengan besar-besaran, kerana bimbang ia akan menyebabkan berlakunya keruntuhan moral kepada masyarakat.

Terdahulu info serta butiran akaun suspek tular di media sosial dan menerima kecaman hebat di media sosial kerana mempromosikan video aksi lucahnya itu bersama wanita pelbagai bangsa dan negara secara umum tanpa segan silu.

Malah dia juga disifatkan seperti bapa ayam kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada orang ramai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.