SKMM Sekat Akaun Telegram Lelaki Rakam & Jual Aksi Seks Dengan Lebih 20 Wanita
Lelaki berusia 31 tahun yang ditahan oleh polis pada 17 Januari lalu itu mempunyai lebih daripada 2,000 pelanggan di aplikasi Telegram tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, seorang lelaki ditahan oleh polis selepas dipercayai melakukan aktiviti haram dengan menjual video aksi lucahnya bersama lebih 20 orang wanita berlatar belakangkan pelbagai kerjaya.
Video lucah itu telah dirakam dan dijual dalam satu saluran tertutup (berbayar) di aplikasi Telegram.
Malah untuk mengaut keuntungan yang lebih lelaki terbabit sanggup mempelajari cara merakam videonya membuat hubungan seks ganas bersama teman wanita dan menjualnya di tiga saluran di aplikasi terbabit sejak Julai lalu.
Selain lelaki berkenaan, dua orang teman wanitanya turut ditahan pada hari yang sama. Menurut polis lagi, suspek turut menawarkan dua pakej kepada pelanggannya iaitu pakej 200 video dengan bayaran RM100 manakala pakej RM20 untuk 13 video.
Dia juga mempunyai lebih daripada 2,051 pelanggan di aplikasi terbabit.
Baca artikel berkaitan: Lelaki Rakam & Jual Aksi Seks Dengan Lebih 20 Wanita Ditahan Polis
SKMM sekat akaun Telegram milik lelaki rakam dan jual video lucah
Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bertindak menyekat akaun terbabit.
Jelas Bahagian Komunikasi Korporat SKMM sekatan itu dilakukan hasil daripada kerjasama diberikan pemilik aplikasi tersebut.
“Kerjasama SKMM dengan pihak penyedia perkhidmatan platfrom media sosial utama terbabit sedia terjalin.
“Melalui kerjasama ini, ia membuka laluan antara agensi penguatkuasaan dan pihak penyedia perkhidmatan terbabit dalam membantu menangani pelbagai permasalahan dan salah guna,” ujarnya, dipetik Harian Metro.
Sebanyak 44 akaun di Telegram didapati kongsi dan upload konten berunsur lucah
Kata SKMM lagi sejak 2023 lalu sehingga 15 Januari lepas pihaknya telah menurunkan sebanyak 44 akaun di aplikasi berkenaan yang didapati berkongsi kandungan tidak senonoh atau berunsur lucah.
Tindakan tersebut akan sentiasa dilakukan SKMM berdasarkan aduan dan pemantauan yang dijalankan pihaknya.
Menurutnya lagi, bagi mengekang penyebaran kandungan yang salah di sisi undang-undang daripada terus tersebar dan berlaku, SKMM akan sentiasa berganding bahu bersama penyedia perkhidmatan aplikasi media sosial secara berterusan.
Selain itu ia juga bertujuan untuk menjaga integriti ruang digital serta melindung pengguna daripada sebarang kandungan yang boleh memudaratkan.