Tercampur Cecair Syabu Milik Suami Dalam Susu Bayi 16 Bulan, Ibu Mengaku Salah

Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini (28 Februari) akibat tersalah bancuh susu anak menggunakan cecair syabu.

Setelah pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh, tertuduh wanita mengaku bersalah, namun suaminya mengaku tidak bersalah.

“Saya mengaku bersalah, tapi saya tidak sengaja puan (beri minum susu mengandungi dadah),” kata wanita tersebut.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Mac bagi fakta kes dan tarikh mula hukuman wanita berkenaan, serta sebutan semula kes bagi suaminya.

Bayi Alami ‘Alleged Sympathomimetic Drug Ingestion’

Pasangan itu didakwa atas kesalahan melakukan penganiayaan terhadap bayi lelaki berusia 16 bulan kerana memberi minum susu yang dibancuh dengan air yang mengandungi dadah jenis syabu atau meth (Methamphetamine) sehingga mengalami ‘alleged sympathomimetic drug ingestion’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 6 petang 19 Februari lalu di sebuah unit pangsapuri di Taman Medan, Petaling Jaya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin mencadangkan ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi setiap tertuduh semasa prosiding.

Kedua-dua tertuduh turut dikenakan syarat tambahan agar melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan atau perkara lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Ikat Jamin Pasangan Suami Isteri Dikurangkan

Sehubungan dengan itu, tertuduh wanita yang tidak diwakili peguam telah membuat rayuan agar jumlah ikat jamin dikurangkan atas alasan tidak bekerja dan perlu menjaga anak-anak di rumah.

Suaminya pula merayu pengurangan kerana perlu menanggung anak-anak yang masih bersekolah serta menjaga ibu bapanya.

Hakim Syahliza kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

“Mereka juga perlu memenuhi syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan dan tidak boleh mengganggu saksi-saksi, sehingga kes ini selesai.”

Hakim Dr Syahliza Warnoh

Nenak Sedar Perubahan Pada Bayi

Terdahulu, media melaporkan sepasang suami isteri yang ditahan pada 20 Februari lalu akibat tersalah membancuh susu dengan cecair syabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, pihaknya mengetahui kejadian tersebut setelah menerima aduan daripada Hospital Kajang pada 20 Februari.

Katanya, perkara tersebut disedari oleh nenek kepada bayi tersebut yang sedang menjaganya pada hari kejadian berlaku.

“Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit menghantar bayi mereka untuk dijaga neneknya yang tinggal di Seri Kembangan dan ketika dalam jagaan wanita berusia 55 tahun itu, bayi itu tidak berhenti menangis,” maklum Shahrulnizam.

Selain itu, bayi tersebut juga dikatakan menjadi terlalu aktif dan sukar dikawal. Melihat keadaan ini, wanita itu mempersoalkan kelakuan pelik cucunya kepada ibu bayi berkenaan.

Ibu Bapa Positif Dadah

Shahrulnizam berkata ibu bayi kemudiannya telah mengaku pada nenek bahawa dia tersilap membancuh susu menggunakan cecair syabu milik bapa bayi, lapor Berita Harian.

Pasangan yang ditahan itu diminta menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati kedua-duanya positif dadah.

“Semakan mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai penjual air balang mempunyai rekod berkaitan kes dadah,” tambah Shahrulnizam.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 20 Februari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 iaitu kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Turut dilaporkan ketika itu bahawa bayi berkenaan berada di bawah pemantauan pihak Hospital Kajang dengan keadaan yang stabil.

Berdasarkan kepada laporan oleh Berita Harian bertarikh 26 Februari, bayi tersebut telah dibenarkan keluar hospital pada Khamis lalu (22 Februari) dan berada dalam jagaan neneknya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

3 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

18 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

19 hours ago