14 Tahun Tidur Bersama Di Ruang Tamu, Adik Bongsu Sebak Di Majlis Perkahwinan Abang [Video]

Setiap yang mempunyai keluarga pastinya ingin melihat saudara mereka gembira dan bahagia. Apatah lagi selepas ada di antara adik beradik yang memaklumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga.

Namun dalam kegembiraan itu pasti ada terselit rasa sebak apabila mengenangkan anak atau adik beradik yang disayangi kini akan membina kehidupan bersama pasangan mereka.

Ini kerana, mereka mungkin rasa kehilangan meskipun tahu mereka tetap akan berjumpa.

Remaja nangis ketika majlis perkahwinan abang

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang remaja lelaki yang mengalirkan air mata ketika majlis perkahwinan abangnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Che Mat Solar, awalnya kelihatan remaja yang duduk di hadapan meja makan pengantin menangis teresak-esak.

Si abang yang sedang makan beradab menyedari perkara tersebut. Dia lalu segera bangun dan datang ke arah remaja yang merupakan adik bongsu untuk menenangkannya.

Abang kemudian memegang bahu dan membisik sesuatu sehingga membuatkan remaja berkenaan menyeka air matanya berulang kali sambil mengangukkan kepala.

14 tahun abang dan adik tidur sama-sama di ruang tamu

Menurut perakam, selama 14 tahun mereka sering tidur bersama di ruang tamu dan detik itu turut membuatkan dia sebak.

“14 tahun tidur di ruang tamu bersama, sekarang abangnya mendirikan masjid yang dibina bersama pasangan. Walaupun sejengkal ke rumah abang dia ni.

“Jujur aku cakap, aku sendiri pun mengalir air mata tengok adik ipar yang bongsu ini,” katanya.

Melihat di ruangan komen, ramai turut sebak dan menyifatkan perkara itu hanya akan difahami oleh anak bongsu apabila abang atau kakak yang rapat dengan mereka berkahwin.

“Anak bongsu je tahu macam mana rasa, bila akak atau abang yang paling rapat dah kahwin”

“Keadaan akan berbeza, walaupun rumah dekat. Abang ada keutamaan lain dah”

“Adik-adik aku tak payah tunggu kahwin, dulu aku prank ada orang nak masuk minang aku pun dia orang dah nangis beria”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

15 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

15 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

16 hours ago