Patah Tulang Rusuk & Bengkak Lutut, Penumpang Dipercayai Terjatuh Dari Roller Coaster Fun Fair Di Pahang [Video]

Tidak dinafikan fun fair merupakan salah satu tempat hiburan yang sering dikunjungi oleh orang ramai.

Malah ada juga yang berkunjung ke tempat ini dengan membawa ahli keluarga untuk bermain permainan yang disediakan. Ini kerana, mereka menyediakan permainan yang sesuai di main oleh setiap lapisan umur.

Roller coaster dipercayai tergelincir dari landasan

Baru-baru ini, tular satu video di grup Facebook Penduduk Raub memaparkan kemalangan yang berlaku kepada seorang wanita dan anaknya yang terjatuh daripada menaiki roller coaster di Raub, Pahang.

Menerusi video tular tersebut, kelihatan bahagian tengah roller coaster berkenaan dipercayai telah tergelincir dari landasannya. Ia secara tidak langsung dipercayai telah membuatkan si ibu dan anak terjatuh daripada permainan berkenaan.

Wanita alami patah tulang rusuk, lutut anak bengkak

Turut kedengaran wanita berkenaan menangis kesakitan ketika dirakam. Manakala anak perempuannya yang sedang duduk di atas tangga permainan terbabit juga menangis sambil memegang lutut.

Sedar perkara itu menjadi tular di grup Facebook berkenaan, wanita itu kemudian tampil dan meminta orang ramai untuk bertenang dan menjelaskan hal sebenar.

“Perhatian! Untuk semua yang komen harap bawa bertenang, saya sebagai mangsa roller coaster fun fair Raub, semua dalam keadaan baik.

“Cuma saya patah tulang rusuk dan anak saya lutut dia masih bengkak tak boleh bergerak sangat. Dekat sini saya harap semua yang komen tolong komen yang murni-murni sahaja.

“Kami dan pihak pengurusan fun fair Raub telah pun berurusan dan mereka telah bertanggungjawab ke atas saya dan anak,” katanya dalam komen tersebut.

Wanita itu turut memaklumkan bahawa pihak pengurusan fun fair itu juga telah berjumpa dengannya dan memohon maaf atas perkara yang berlaku.

Komen itu dikeluarkan oleh wanita berkenaan selepas ramai yang mula mempertikaikan tahap keselamatan permainan di fun fair terbabit.

Malah ada juga yang menyatakan mereka juga membayar tiket yang mahal untuk menaiki permainan tersebut. Video kemalangan roller coaster itu turut menjadi sohor di TikTok.

@myjuandanza

Kemalangan roller coaster kat funfair di Bandar Raub, Pahang. Dah pergi hari tu, sekali naik RM10. Dah la dua kali pusing jer. tak sampai 2 minit. Safety ke laut gayanya. Credit video anonymous Penduduk Raub #funfair #raub #rollercoaster #accident #pahang

♬ original sound – Juan Danza – Juan Danza

“Tulah sebab tak suka fun fair, bunyi mesin pun macam skru nak tanggal je”

“Betullah, sebab fun fair ni buka, esok tempat lain. Takut juga…”

Mangsa terima kunjungan daripada pihak pengurusan fun fair

Mangsa dalam satu lagi hantaran turut menunjukkan gambar pihak pengurusan fun fair berkenaan telah datang melawatnya di rumah.

“Terima kasih aunty dan uncle pengurus funfair Raub yang sanggup datang dari Johor.. Aunty dan uncle datang melawat ke rumah kami.

“Pihak fun fair Raub pun dah bertanggungjawab ke atas saya dan anak. Doakan saya dan anak sihat seperti sediakala,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

19 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

20 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

20 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

21 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

21 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

22 hours ago