Kurma Israel: Syarikat Matahari Mohon Maaf, Akui Terlepas Pandang

Pada 13 Mac lalu, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas sebanyak 14.6 kilogram kurma yang disyaki daripada Israel.

Jumlah rampasan buah berkenaan berjumlah RM678 hasil serbuan JKDM di tiga lokasi berbeza yang membabitkan sebuah syarikat pembekal makanan organik di Malaysia.

Susulan itu, seorang lelaki yang juga dipercayai pemilik kepada perniagaan terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan.

Rampasan ini dilakukan selepas tular video mendakwa adanya aktiviti jualan kurma dari Israel di Malaysia membabitkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Matahari Sdn Bhd.

Baca artikel berkaitan: Kastam Rampas Kurma Disyaki Produk Israel

Syarikat Matahari Sdn Bhd tampil mohon maaf & akui terlepas pandang

Terbaharu, Syarikat Matahari Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan import, pemborong, peruncit, serta pengedar produk organik dan semula jadi telah tampil memohon maaf terhadap rakan kongsi termasuk pelanggannya berhubung isu rampasan terbabit.

Matahari dalam satu kenyataan media berkata pihaknya menerima produk kurma tersebut dari pembekal yang berada di Greece.

Walau bagaimanapun, syarikat itu mengakui mereka terlepas pandang berhubung asal usul produk terbabit sewaktu proses pelabelan.

“Sijil yang diberikan oleh pengedar kami menyatakan kurma itu berasal dari Israel atau wilayah Palestin yang dijajah.

“Kerana terlepas pandang dan tidak sensitif dengan isu itu (Palestin), kami terus melabelkan produk termasuk meletakkan Israel sebagai negara asal,” jelasnya lapor FMT.

Sedar mengenai produk tersebut selepas ia menjadi perbualan hangat di media sosial

Katanya lagi, perkara itu hanya disedari oleh syarikat berkenaan selepas ia menjadi perbualan di media sosial. Ekoran itu tindakan segera dilakukan untuk memanggil semula produk berkenaan dari pasaran.

“Kami ingin menyatakan bahawa Matahari tidak pernah secara sedar atau sengaja memesan produk atau menjalankan sebarang perniagaan dengan Israel, dan tidak pernah melanggar sebarang peraturan.

“Kami berkongsi kebimbangan sesama rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Islam, dan ingin mengesahkan bahawa kami tidak menyokong Israel dalam apa cara sekalipun,” ujarnya.

Syarikat itu turut memaklumkan mereka akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa serta membuat semakan proses pembekalan agar masalah sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

11 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

12 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

13 hours ago