fbpx
Now Reading
Kastam Rampas Kurma Disyaki Produk Israel

Kastam Rampas Kurma Disyaki Produk Israel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas sejumlah 14.6 kilogram kurma disyaki dari Israel yang bernilai RM678 di tiga buah lokasi berbeza melibatkan sebuah syarikat pembekal makanan organik di negara ini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, sebaik perkara itu didedahkan di media sosial, pihaknya telah menyerbu ketiga-tiga lokasi tersebut yang terletak di Petaling Jaya dan Klang pada Selasa (12 Mac).

Hasil pemeriksaan di sebuah gudang di Klang menemukan 73 pek buah kurma yang dilabelkan ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ yang disyaki produk dari negara haram itu.

Seorang rakyat tempatan ditahan

Selain rampasan produk berkenaan, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kurma tersebut dipercayai dibawa masuk daripada negara Eropah lain sejak tahun 2022. Syarikat tersebut dipercayai membungkus semula kurma berkenaan di negara ini sebelum dijual di kedai miliknya.

“Mana-mana syarikat yang ingin membawa barang barang atau produk daripada negara Israel perlu mendapat permit khas daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),” katanya dipetik Kosmo.

Tular video kurma Israel di Malaysia

Terdahulu tular video di media sosial mendakwa adanya aktiviti penjualan kurma dari Israel di negara ini.

Semakan Al-hijrah di lapangan kemudiannya mengesahkan perkara itu. Apa yang lebih mengejutkan kurma itu dijual secara terbuka malah pada ruangan deksripsi jelas ianya diimport syarikat dari Malaysia.

Isu tersebut mengejutkan banyak pihak termasuk aktivis dan rapper, Caprice yang menggesa pihak berkuasa khususnya KPDNHEP untuk segera melakukan siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.