Kes Tembakan Di KLIA: Suspek Dicekup Di Kota Bharu

Sejak semalam (14 April), negara dikejutkan dengan insiden tembakan yang berlaku di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1).

Ekoran daripada insiden tersebut, seorang pengawal peribadi dilaporkan cedera parah di bahagian perut dan difahamkan berada dalam keadaan koma.

Polis kini giat mencari suspek yang berusia 38 tahun dikenali sebagai Hafizul Harawi. Suspek juga sebenarnya ingin menembak isteri yang pada ketika itu sedang menunggu jemaah umrah yang pulang ke tanah air di balai ketibaan.

Menurut pihak polis suspek juga tidak mempunyai permit senjata api dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata 1960.

Baca artikel berkaitan: Kes Tembak Di KLIA: Lelaki Cuba Bunuh Isteri, Terkena Pengawal Peribadi – Polis [Video]

Baca artikel berkaitan: Tembakan Di KLIA: Suspek Tiada Permit Senjata Api & Isteri Sedang Hamil, Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini [Video]

Hafizul ditahan di Kota Bharu

Terbaharu, polis memaklumkan suspek telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain serta memaklumkan Hafizul telah ditahan sekitar jam 3 petang tadi (15 April).

“Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

“Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” jelasnya lagi lapor Berita Harian.

Polis kumpul maklumat dari keluarga dan rakan untuk kesan keberadaan suspek kes tembakan di KLIA

Sebelum ini, polis kini sedang giat mengumpulkan maklumat daripada ahli keluarga serta kenalan rapat untuk mengesan suspek.

Jelas Razarudin Husain maklumat itu penting dalam usaha pihak polis bagi mengesan keberadaan Hafizul pada waktu ini.

Ujarnya, setakat ini polis sedang melakukan operasi untuk menjejak Hafizul termasuk ingin mengenal pasti lokasi yang mungkin menjadi tempat penyembunyian suspek.

“Kita sedang kumpul maklumat yang diperlukan bagi mengesan keberadaannya. Sekecil-kecil maklumat yang diterima juga amat penting dalam mengesan suspek,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Nafi dakwaan Hafizul di Mekah ketika insiden berlaku

Dalam pada itu, Razarudin turut menafikan dakwaan yang mengatakan Hafizul sewaktu insiden berlaku berada di Mekah.

“Suspek telah pun dikenal pasti oleh saksi utama di lokasi kejadian dan pihak polis berusaha kesan dia.”

Sementara itu, polis juga akan mengawal ketat sempadan negara serta meningkatkan pemantauan di laluan tikus untuk memastikan suspek tidak dapat melarikan diri ke negara seberang.

“Kita (polis) juga mengedarkan foto suspek di semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran,” katanya lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

25 mins ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

31 mins ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

2 hours ago
  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

4 hours ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

4 hours ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

4 hours ago