fbpx
Now Reading
Apple Lancar Iphone SE 2020 Dengan Harga Bermula RM 1,999

Apple Lancar Iphone SE 2020 Dengan Harga Bermula RM 1,999

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya peranti iphone mampu milik siri SE baharu yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai akhirnya dilancarkan juga oleh syarikat gergasi Apple

Peranti berkenaan yang pertama kali diperkenalkan pada 2016 kini hadir dengan spesifikasi yang jauh lebih hebat dengan menggunakan pemproses terbaik dii dunia ketika ini iaitu, Apple Bionic A13 yang turut diguna pakai oleh siri iPhone 11 .

Sama seperti rumors yang diperkatakan, peranti berkenaan hadir dengan skrin berkeluasan 4.7 inci dengan padanan panel paparan teknologi LCD Retina.

Ia juga hadir dengan tiga variasi storan seperti iphone 11 dimana Apple menawarkan storan bermula daripada kapasiti 64GB, 128GB dan 256GB mengikut kesesuaian pengguna.

Bagi tetapan kamera pula, Apple menaik taraf sistem lensa dengan kamera utama keupayaan 12 Megapiksel (MP) dan lensa depan 7MP.

Peranti mampu milik ini turut mengekalkan penggunaan Home Button, sama seperti SE terdahulu dengan pengimbas cap jari ‘Touch ID’ . Ini menjadikan model ini satu-satunya model iphone yang mempunyai home button di pasaran.

Difahamkan peranti iPhone SE 2020 ini juga dilengkapi sokongan Haptic Feedback, selain perlindungan kalis air IP67 dan sokongan teknologi paparan video HDR10.

Namun setakat ini Apple masih merahsiakan spesifikasi bateri dan total memori (RAM) yang digunakan pada peranti ini namun mereka menyakinkan orang ramai bahawa ia setanding dengan ketahanan bateri iPhone 8.

Malah ia juga hadir dengan ‘Qi Wireless Charging’. Ini bermakna ia juga boleh juga melakukan pengecasan tanpa wayar.

Tanda harga untuk iPhone SE 2020 bagi pasaran tempatan adalah RM1,999 bagi model kapasiti memori 64GB, RM 2,199 bagi model 128GB dan RM2,699 untuk model 256GB.

Via Apple Malaysia

Memetik Business Insider, walaupun tidak sebarang penetapan tarikh untuk pelancaran bagi pasaran tempatan , peranti yang hadir dengan 3 variasi warna iaitu hitam, putih dan merah boleh memulakan tempahan bermula Jumaat ini , 17 April sama seperti di Amerika Syarikat.

Versi baharu iPhone SE ini juga berkeupayaan untuk merakam video dalam resolusi 4K pada 60 bingkai sesaat dan ia dilengkapi dengan teknologi penstabilan untuk memberi kualiti video mengagumkan.

Suntingan video juga boleh dilakukan terus hanya menerusi peranti mereka dan ia dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu berbanding versi sebelumnya.

Spesifikasi

Cip Pemproses : Apple Bionic A13
Storan : 64GB / 128GB / 256GB
Kamera utama : 12MP
Kamera depan : 7MP
Sokongan : Pengecas tanpa wayar / Sambungan WiFi 6 / Perlindungan IP67

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.