Nak Baju Wangi? Ini Petua Cuci Baju Dengan Betul Untuk Bau Kekal Harum

Siapa yang tidak geram bila baju yang dicuci berbau hapak bukan. nak salah kan siapa pun tak tahu. Sabun ke, mesin basuh ke atau pun diri sendiri. Penghujungnya sama ada anda mengambil inisiatif mencucinya sekali lagi ataupun menebalkan muka dengan memakai baju tersebut.

Persoalannya kenapa? Adakah kita salah cara mencuci baju selama ni?

Kredit: Stroy-podskazka

Jadi, untuk elakkan situasi begini sekali lagi terjadi kepada anda semua disini, kami kongsikan beberapa petua bagaimana caranya untuk mencuci baju dengan betul agar dapat mengelakkan bau hapak sebaliknya memberikan bau haruman yang kekal segar.

Pastikan korang baca sampai habis tau!

BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Air
  • Softener (tak kisah jenama apa)
  • Cuka

CARA BASUH BAJU DENGAN BETUL

  1. Sediakan air yang dah dicampurkan softener
  2. Kemudian, tambahkan secawan kecil cuka makan
  3. Kalau untuk 4 ke 5 kg berat baju, letakkan 30mls cuka makan
  4. Gunakan bahan tersebut untuk bilasan akhir pakaian korang

KELEBIHAN

  • Bau harum pada baju tahan lama
  • Baju bertambah lembut
  • Mudah digosok
  • Yang penting, letak dekat almari pun tahan dekat 3 minggu bau dia

MANFAAT CUKA PADA PAKAIAN

Mencerahkan dan memutihkan

  1. Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merosakkan kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan detergen.
  2. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuatwarna pakaian menjadi lebih terang dan jelas.
  3. Kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam kembali menjadi putih.

Menghilangkan bau lembap

  • pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembapdan dapat menimbulkan jamur.
  • Untuk membuat baunya menjadi segar kembali, campurkan air hangat dengan 2 tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.

Melembutkan pakaian

  • Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut yang ada di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami.
  • Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.

Cegah debu dan bulu binatang menempel

  • Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah dari ditempel debu-debu halus dan bulu-bulu haiwan sekali pada kain.
  • Cukup setengah tutup yang dicampurkan ketika mencuci baju kerana dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak diingini.

Ini adalah petua yang korang boleh amalkan ketika sedang mencuci baju. Harap petua ini dapat membantu korang dalam kerja seharian. Selamat mencuba!

Sumber: Rosma Abdul Rahman

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

8 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

8 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

10 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago