Sesuai Dijadikan Nota, Ini Cara Mudah Nak Hantar Whatsapp Ke Nombor Sendiri

Buat pengguna Telegram pasti korang tahu aplikasi tersebut mempunyai fungsi saved message yang membenarkan penggunanya menghantar mesej ke diri sendiri.

Kewujudan fungsi ini sebenarnya memudahkan penggunanya untuk melakukan sebarang catitan nota atau memo untuk diri sendiri tanpa perlu menggunakan aplikasi lain.

Namun malangnya fungsi sebegini tidak wujud pada pesaingnya yang lebih terkenal dan lebih ramai pengguna iaitu Whatsapp.

TUMPANG KEJAPPPP

Jadi sebagai pengguna whatsapp, ramai dari kita termasuk kami sendiri terpaksa menggunakan fungsi paling canggih iaitu ‘tumpang sekejap’ dimana anda menghantar apa-apa nota mahupun file yang mahu disimpan ke kenalan anda sebelum ia dipindahkan ke peranti lain atau ke dalam komputer.

Kami yakin ramai yang sebegini bukan?

Namun adakah korang sedar sebenarnya ada sebenarnya ciri sebegitu dimana anda boleh menghantar mesej atau files ke nombor sendiri tanpa perlu melibatkan orang lain.

Nak tahu caranya ? Ikuti di bawah:

1. Buka pelayar pada peranti anda, dan taip wa.me// diikuti kod negara serta nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan whatsapp.

Sebagai contoh seperti disini : wa.me//60182***722

Kemudian tekan enter

2. Sebaik menekan enter satu pop-up mesej akan keluar. Tekan continue to chat.

3. Anda akan terus dibawa masuk ke whatsapp seperti di bawah. Jadi gunakan ruang ini menyimpan apa sahaja nota, memo atau files yang anda perlukan tanpa mengganggu orang lain.

Nak lebih mudah, korang boleh pin mesej WhatsApp di atas, jadi tiadalah korang tercari-cari mana chat box ke nombor korang sendiri.

Untuk melakukannya,

Bagi pengguna iphone : Korang hanya perlu swipe chat tu kekanan dan tekan kekanan.

Bagi pengguna Android : Tekan dan hold chat yang korang nak pin tu lepastu tekan Pin Chat.

Selamat mencuba!

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

20 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago