Lebih Berkesan Hingga 85.4%, Ini Cara Pemakaian ‘Double Mask’ Mengikut Saranan CDC US Oleh DG Hisham

Sekitar minggu lalu, media sosial hangat memperkatan mengenai penularan beberapa foto memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengenakan dua pelitup muka atau ‘double mask’ sewaktu mengadakan kunjungan ke beberapa fasiliti kesihatan awam.

Beliau kemudian menerusi satu sidang media harian menjelaskan bahawa orang awam sebenarnya digalakkan untuk memakai pelitup muka secara berganda (dua lapis) sekiranya berada di tempat sesak atau kawasan berisiko tinggi.

Ini kerana penggunaan sebegini dapat memberi perlindungan yang lebih berkesan berbanding pelitup muka selapis yang dipraktikkan dan diwajibkan kerajaan kepada orang ramai.

Ekoran dari itu ramai yang mula tertanya-tanya sejauh manakah keberkesanannya dan bagaimanakah cara penggunaannya seperti cara menggunakan 2 face mask yang sama jenis atau terdapat gabungan yang sesuai?

Jawapan tersebut akhirnya terjawab selepas Dr Hisham sendiri berkongsikan panduan pemakaian berkenaan di laman KPKesihatan yang diselenggarakan KKM. Jelas beliau, panduan tersebut sebenarnya digariskan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat.

Secara ringkasnya amalan pemakaian double facemask mula dilakukan di Amerika Syarikat. Pihak CDC dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain. Lihat contoh pemakaian yang ditunjukkan oleh Dr Anthony Fauci di atas.

Bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka, dua kaedah telah dikaji oleh CDC dimana hasilnya kemudian mendapati pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.

Dan dua kaedah yang dijalankan ialah seperti di bawah :

#1 Melipat ear loops (knot and tuck)

Bagi kaedah pertama iaitu, cara melakukannya ialah mengikat gelung telinga (earloops) ke tepian pelitup muka dan selitkan lipatan sisi pelitup muka bagi mengurangkan jurang dengan muka. Ianya juga dipanggil Knot and Tuck


#2 Double masking

Bagi double masking pula, kami rasa anda sudahpun tahu iaitu dengan menggunakan dua pelitup muka dalam satu masa yang sama .

Jelas Dr Hisham meskipun pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun jika digunakan dengan betul dan baik, ianya tidak akan mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

Yang mana paling berkesan dan berapakah tahap keberkesanannya?

Kenapakah kita disarankan untuk menggunakan double face mask? Ini kerana, hasil kajian mendapati pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4 peratus manakala knot and tuck dapat memberi perlindungan sebanyak 77%.

Namun kedua-dua kaedah ini lebih berkesan dari pemakaian biasa face mask jenis surgical iaitu 56.1% manakala jenis fabrik iaitu 51.4%.

Ok kami dah tahu ia berkesan. Jadi apakah kaedah pemakaian ‘double mask yang betul ?

Jawapannya ialah dengan menggabungkan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain.

Cara meggabungkan doube mask

Namun penggunaan dua jenis face mask yang sama jenis adalah tidak digalakkan iaitu : dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.

Selain itu pelitup muka N95 tidak sesuai digunakan dengan pelitup muka lain.

Cara gabungkan face mask yang salah


Kenapa N95 tak sesuai digabungkan?

Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

10 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

12 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

16 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

16 hours ago