PKP 3.0: Sektor Ekonomi Diperketatkan, Ini Antara Perincian Yang Diumumkan Menteri Kanan Keselamatan

Umum mengetahui semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan sidang media khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri yang turut melibatkan kerajaan negeri bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0  dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Namun perincian mengenai sekatan tambahan ini hanya akan diumumkan oleh Menteri Keselamatan,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  hari ini

Terbaru menerusi sidang media khas sebentar tadi, Ismail Sabri sudahpun mengumumkan beberapa perincian tersebut iaitu dengan mengehadkan jumlah tenaga kerja di pejabat dan mengehadkan waktu sektor ekonomi dimana pelaksanaan ini akan dikuatkuasakan bermula Selasa, 25 Mei 2021

Bekerja dari rumah (WFH)

1# 80% penjawat awam akan mula melaksanakan bekerja dari rumah (BDR) melibatkan 750,000 pekerja

2# 40% dari kapasiti kakitangan sektor swasta akan mula bekerja dari rumah(BDR/WFH) melibatkan 6.1 juta orang.

Waktu operasi perniagaan

Semua aktiviti perniagaan termasuk operasi kedai makan, kedai runcit, kedai barangan harian, dan pusat beli belah hanya akan dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam.

Namun demikian pengecualian akan diberikan kepada farmasi yang dibenarkan beroperasi dari 8 pagi – 10 malam.

Selain itu perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan tidak akan terjejas dan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.

Manakala stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi – 8 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya yang dibenarkan beroperasi 24 jam.

Pengangkutan awam

Kapasiti penumpang untuk pengangkutan awam kini dihadkan kepada 50 peratus dari muatan asal.

SOP penuh akan diumumkan kementerian terlibat

Namun menurut Ismail Sabri, SOP penuh sektor Ekonomi akan diumumkan MITI dalam masa terdekat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

18 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

18 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

19 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

20 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

22 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

22 hours ago