Demi Palestin & Sokongan Terhadap Bella Hadid, Mimi Lana Tolak Tawaran Dior

Baru-baru ini, Mimi Lana telah berkongsi mengenai keputusannya untuk menarik diri daripada sebuah sesi fotografi sebagai tanda sokongan buat perjuangan saudara di Palestin.

Batalkan sesi fotografi

Menerusi perkongsian Mimi Lana di laman Twitter, pelakon wanita itu mengatakan bahawa dia terpaksa membatalkan fotografi dengan barangan jenama mewah antarabangsa, Dior.

Tanda solidariti kepada Palestin

Keputusan yang dibuat oleh Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana adalah sebagai tanda solidariti buat saudara se-Islamnya, Bella Hadid berikutan desas-desus pengguguran namanya sebagai duta jenama tersebut.

Bahkan, pelakon terkenal itu juga mengatakan bahawa dia teguh dengan pendiriannya demi rakyat Palestin termasuk Bella Hadid.

The Smallest thing mean the most. I stand with my Palestinian people and for my sister @bellahadid

Terdahulu menerusi Twitter dan Instagram, pelakon filem pusaka itu juga merupakan antara selebriti tempatan yang lantang melaungkan sokongan kepada rakyat Palestin menerusi retweet serta posting yang dimuat naik olehnya.

Saya baru sahaja dapat tahu bahawa Dior telah mengugurkan Bella Hadid kerana sokongannya terhadap Palestin. Ia adalah isu sensitif buat kaum muslim di negara saya jika saya memuat naik seseuatu berkaitan Dior. Saya betul-betul maaf dan harap kamu faham.

Netizen kagum dan mendoakan Mimi

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji tindakan pelakon filem Pusaka itu. Malah, ramai juga yang mendoakan agar dia diberikan rezeki yang lebih baik.

Dior tamatkan kontrak Bella?

Di media sosial sebelum itu tular berita bahawa dior dikhabarkan telah menamatkan kontrak Bella sebagai wajah jenama mewah tersebut disebabkan kerana kelantangannya bersuara menuntut keadilan bagi rakyat Palestin termasuk menyertai protes di Amerika Syarikat.

Malah, wajah Bella tidak lagi dilihat menghiasi jenama mewah tersebut termasuk di dalam Instagram rasminya.

Namun sehingga hari ini, pihak Dior masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut tetapi model itu telah menerima sokongan daripada masyarakat beragama Islam dari seluruh dunia serta mereka yang menentang kekejaman Israel di media sosial

Recent Posts

  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

40 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

57 mins ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

2 hours ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

3 hours ago