PKP 3.0: Sektor Ekonomi Diperketatkan, Ini Antara Perincian Yang Diumumkan Menteri Kanan Keselamatan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan sidang media khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri yang turut melibatkan kerajaan negeri bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.
Namun perincian mengenai sekatan tambahan ini hanya akan diumumkan oleh Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini
Terbaru menerusi sidang media khas sebentar tadi, Ismail Sabri sudahpun mengumumkan beberapa perincian tersebut iaitu dengan mengehadkan jumlah tenaga kerja di pejabat dan mengehadkan waktu sektor ekonomi dimana pelaksanaan ini akan dikuatkuasakan bermula Selasa, 25 Mei 2021
Bekerja dari rumah (WFH)
1# 80% penjawat awam akan mula melaksanakan bekerja dari rumah (BDR) melibatkan 750,000 pekerja
2# 40% dari kapasiti kakitangan sektor swasta akan mula bekerja dari rumah(BDR/WFH) melibatkan 6.1 juta orang.
Waktu operasi perniagaan
Semua aktiviti perniagaan termasuk operasi kedai makan, kedai runcit, kedai barangan harian, dan pusat beli belah hanya akan dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam.
Namun demikian pengecualian akan diberikan kepada farmasi yang dibenarkan beroperasi dari 8 pagi – 10 malam.
Selain itu perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan tidak akan terjejas dan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
Manakala stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi – 8 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya yang dibenarkan beroperasi 24 jam.
Pengangkutan awam
Kapasiti penumpang untuk pengangkutan awam kini dihadkan kepada 50 peratus dari muatan asal.
SOP penuh akan diumumkan kementerian terlibat
Namun menurut Ismail Sabri, SOP penuh sektor Ekonomi akan diumumkan MITI dalam masa terdekat.