Nak Ikut Pixel Boleh, CM atau Inci Pun Boleh! Ini Cara Mudah Ubah Saiz Gambar Untuk Pengguna iPhone

Korang pernah tak berhadapan masalah mengubah saiz resolusi gambar seperti yang diperlukan dan diinginkan lagi-lagi bila menggunakan iPhone korang?

Kalau guna fungsi edit yang terdapat di aplikasi Photos, ia hanya membolehkan korang untuk crop atau mengubah bentuk dimensi sebaliknya tiada cara untuk untuk mengubah saiz dimensi tersebut seperti yang korang mahukan.

Jadi penyelesaiannya hanya satu sahaja iaitu menggunakan aplikasi yang sesuai!

Buat yang tak tahu atau tak jumpa aplikasi sesuai, berikut adalah cara mudah untuk mengubah saiz gambar di iPhone.

Pertama sekali, korang perlu muat turun aplikasi Image Size di App Store. Muat turun aplikasi tersebut disini. Atau copy paste link ini ke browser anda : https://apps.apple.com/my/app/image-size/id670766542

Kemudian buka aplikasi tersebut dan tekan pada icon gambar di bucu atas sebelah kiri.

Setelah itu, tekan ‘Allow Access to All Photos’ untuk memudahkan akses ke semua gambar dalam peranti.

Selepas itu pilih gambar yang hendak diubah saiz.

Pada bahagian previu gambar, pilih ‘Choose’.

Untuk mengekalkan nisbah asal saiz gambar, tekan pada ikon rantai di bahagian tengah hingga bertukar ke warna biru.

Tapi kalau korang memang sengaja nak ubah bentuk dimensi dia atau dalam bahasa inggerisnya Freeform atau sesuka hati, tak perlu lah tekan pada ikon rantai tersebut.

Sekiranya telah berpuas hati, tekan pada ikon ‘Save’ di bawah kiri untuk menyimpan gambar yang telah dikecilkan.

Sebagai nota di bahagian bawah gambar (anak panah), adalah perbandingan saiz gambar sebelum dan selepas ia diubah. Jadi lagi kecil anda ubah gambar anda tadi (dimensi) lagi kecil juga saiz gambar (saiz storan) tersebut

Mudah sahaja kan? Semoga ianya bermanfaat dan dapat bantu memudahkan sebarang masalah mengubah saiz gambar.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 hour ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

3 hours ago