16 Pesawat China Lalu Ruang Udara Negara, Ini Respon Kedutaan Besar China di Malaysia

Semalam negara kita digemparkan dengan kejadian penerbangan mencurigakan melibatkan 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021. 

Foto: TUDM
Foto: TUDM

Menurut Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, penerbangan pesawat-pesawat PLAAF telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM di Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi hari Isnin yang lalu.

“Pesawat- pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara.”

Laluan yang digunakan pesawat berkenaan sebelum dipintas pesawat HAWK .TUDM Foto: TUDM

Kesemua pesawat tersebut dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR. Ia kemudian memasuki ruang udara ZMM, KK FIR dan terbang menuju hampir 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak di mana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Foto: TUDM

TUDM kemudiannya telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 1.33 petang untuk melakukan identifikasi visual.

“Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20. Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

“Insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan (Airways) di Kota Kinabalu,” katanya.

“Hanya latihan penerbangan biasa”

Terbaharu menerusi laporan Astro Awani, Kedutaan Besar China di Malaysia mendakwa penerbangan pesawat republik itu adalah sekadar latihan penerbangan biasa dan tidak menyasar mana-mana negara.

“Menurut undang-undang antarabangsa, kapal terbang tentera China itu hanya menikmati kebebasan penerbangan di ruang udara berkenaan.

“Malah, sepanjang latihan tersebut, pesawat tentera China itu mematuhi undang-undang antarabangsa yang berkaitan dan tidak memasuki ruang udara wilayah mana-mana negara lain.”

Tambahnya lagi, tiada apa yang perlu dicurigakan kerana China dan Malaysia adalah negara jiran yang ramah mesra dan sedia meneruskan rundingan persahabatan dua hala untuk bersama-sama menjaga keamanan negara.

Kementerian Luar akan panggil Duta Besar China

Dalam pada itu Kementerian Luar Negara dalam memaklumkan akan mengeluarkan nota diplomatik kepada kerajaan China bagi membantah pencerobohan tersebut.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pihaknya juga akan turut memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan.

“Pendirian Malaysia jelas – mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermakna kami akan berkompromi dengan keselamatan negara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

7 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

12 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

12 hours ago