Tips Hias Rumah Nampak Cantik Dan Elegan Di Hari Raya

Tinggal lagi beberapa minggu sahaja lagi kita bakal menyambut hari raya yang di nanti-nantikan oleh setiap umat Islam.

Lebih mengujakan lagi mungkin ini adalah raya yang paling bermakna setelah dua tahun kita menyambutnya di rumah ekoran pandemik Covid-19.

Jadi mungkin ada di antara kita yang mengambil peluang ini untuk meraikannya bersama yang tersayang.

Selain membeli baju baru dan kuih muih kita juga pasti mahu rumah kelihatan cantik ketika di hari raya.

Jom kami kongsikan tips untuk hias rumah anda agar kelihatan cantik dan elegan, barulah syok nak sambut raya nanti.

#1 Pencahayaan

Foto: Freepik

Pencahayaan di dalam rumah adalah sangat penting. Ini kerana pencahayaan di dalam rumah juga memainkan peranan dalam memberi mood pada rumah.

Anda boleh memilih dua jenis pencahayaan iaitu lampu putih dan lampu kuning, di mana lampu putih ini boleh digunakan di kawasan yang rasmi dan teknikal manakala lampu kuning pula adalah untuk memberikan mood yang lebih santai.

Anda boleh juga memasang kedua-dua jenis lampu ini sebagai langkah yang lebih selamat.

#2 Lukisan

Foto: Pexel

Lukisan ini sebenarnya memainkan peranan dalam memberi elemen tenang di dalam rumah.

Selain itu, penggunaan lukisan di dinding juga dapat membuatkan dinding anda tidak kosong dan bosan malah ia akan lebih kelihatan cantik dan kemas.

Anda juga boleh menggunakan gambar-gambar kenangan bersama keluarga atau potret anda sendiri, dan ia secara tidak langsung dapat menonjolkan kebahagiaan sesebuah keluarga.

#3 Corak fabrik

Foto: Freepik

Jika anda seorang yang gemarkan sesuatu yang bercorak, anda perlu pandai untuk memilih corak dan warna. Ini kerana, jika terlalu banyak corak di dalam rumah akan membuatkan rumah anda sedikit serabut dan tidak cantik.

Oleh itu, jika anda menggunakan kertas dinding yang bercorak anda mungkin boleh memilih corak sofa yang lebih kepada minimalis atau tidak bercorak untuk menaikan lagi seri ruang tamu anda.

#4 Warna

Foto: Pexel

Pemilihan warna juga adalah perkara yang sangat penting, kerana penentuan warna rumah akan melibatkan pencahayaan dan mood pada sesebuah rumah.

Oleh itu, gunakan warna cat dinding yang boleh memberikan mood yang tenang dan dapat mencetuskan kemesraan di dalam rumah.

Antara warna yang boleh dipilih adalah seperti warna yang cerah, warna pastel atau warna coklat terang yang dapat menaikkan lagi kemewahan dalam rumah.

#5 Susunan perabot

Foto: Pexel

Susunan perabot memainkan peranan untuk menentukan keluasan sesebuah ruang. Jika anda ingin ruang di dalam rumah anda kelihatan lebih besar anda mungkin boleh minimalkan penggunaan perabot.

Selain itu, penyusunan perabot seperti meletakkan sofa secara berkelompok juga dapat memberikan mood mesra pada tetamu kerana ia memudahkan mereka untuk bersosial dan tidak berasa terasing.

#6 Aroma

Foto: Pexel

Bau rumah yang busuk memang akan membuatkan anda rasa tidak selesa terutama apabila ada tetamu, kadang kala bau ini juga hadir kerana bau dari masakan yang anda masak dan kemudian melekat pada ruang rumah.

Untuk atasi masalah ini, anda boleh menggunakan lilin yang mempunyai aroma atau boleh juga menggunakan ‘diffuser’ untuk memberikan kesegaran pada rumah anda.

Jadi anda dah bersedia ke nak sambut raya? Semoga tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam membuat persiapan rumah di hari raya yang bakal datang tidak lama lagi.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

15 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago