Setiap yang bergelar ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat cahaya mata mereka.
Malah, perkara itu dapat dilihat sejak si comel berada di dalam perut lagi apabila ibu bapa akan bercakap tentang perkara yang baik dan apabila sudah lahir diberikan nama dengan maksud yang baik.
Bukan itu sahaja, sebagai ibu bapa kita juga sering mendoakan yang terbaik buat anak-anak agar mereka sentiasa dilindungi Allah SWT, menjadi anak yang baik dan doa tersebut hendaklah bermula dari mereka masih bayi lagi.
Malah, apa yang perlu diingati oleh setiap para ibu doa mereka itu adalah sesuatu yang sangat berharga kerana tidak mempunyai hijab dan terus ke langit.
Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter, Aisyah Shahid yang juga merupakan Chief Operating Officer (COO) MyFundAction telah berkongsikan lapan doa mustajab yang boleh diamalkan ibu bapa kepada si kecil.
Jom kami kongsikan kepada anda lapan doa mustajab itu:
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orag-orang yang bertakwa.” – Surah Al-Furqan: 74.
“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenanakanlah doaku.” – Surah Ibrahim: Ayat 40.
“Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau maha mendengar doa.” – Surah Ali-Imran: Ayat 38.
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik.” – Al-Anbiya: Ayat 89.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.” – As-Saffat: Ayat 100.
“Wahai Tuhanku ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan kepadaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redai dan perbaikilah keturunanku.” – Al Ahqaf: Ayat 15.
“Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya: la memberi rezeki kepada sesiapa yang dikhendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan) dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” – As-Syura: Ayat 19
“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami. dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat.” – Al-Mukminun: Ayat 109
Aisyah dalam masa sama turut berpesan, sehebat mana kita menjaga ketahuilah Allah SWT adalah sebaik-baik penjaga dan semoga anak-anak kita semua sentiasa berada dalam jagaanNya.
Semoga setiap doa yang dikongsikan dapat diamalkan dan menjadi rutin buat para ibu bapa untuk sentiasa membacakannya kepada anak-anak.
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…