Mandi merupakan salah satu cara bagi seseorang untuk mengekalkan kebersihan badan selain menghindari kuman yang boleh membawa penyakit.
Namun apabila bercakap tentang mandi pasti setiap di antara kita mempunyai pilihan tersendiri seperti ada segelintir yang lebih suka mandi menggunakan air sejuk dan ada juga yang memilih air panas.
Tidak dinafikan kedua-dua suhu air mandi ini sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri seperti yang dikongsikan oleh pengamal perubatan, Doktor Samhan di Twitter miliknya.
Tanpa berlengah jom kami kongsikan kepada anda kebaikan serta keburukan setiap jenis air tersebut dan bila waktu yang untuk mandi dengan dua suhu air ini.
Meningkatkan kesihatan kardiovaskular, ini kerana berdasarkan satu kajian dilakukan pada tahun 2014 menyatakan mandi air panas dapat membantu membaiki aliran darah kepada mereka ada masalah kegagalan jantung yang kronik.
Ini kerana berlakunya pelebaran salur darah semasa ia terdedah kepada suhu yang tinggi.
Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang merendam kaki serta betis ke dalam air panas mahupun suam selama 30 minit boleh mengurangkan kekakuan arteri.
Manakala mereka yang tidak merendam menggunakan air panas tidak mempunyai kesan yang sama.
Menurut Hello Doktor, organisasi seperti National Heart, Lung and Blood Institute mengesyorkan bahawa individu yang mandi menggunakan air panas atau suam dapat memperbaiki kualiti tidur
Ini kerana air panas boleh membantu menjadikan badan lebih relaks ketika mandi serta penurunan suhu selepas mandi.
Suhu air yang panas dan stim boleh membantu untuk membuka laluan pernafasan, memudahkan kahak untuk keluar, serta membersihkan saluran hidung.
Hal ini kerana, air bersuhu panas boleh menjadi remedi semula jadi bagi mengurangkan simptom selesema serta batuk.
Berdasarkan hasil kajian dilakukan pada tahun 2018, kumpulan individu yang mandi menggunakan air panas mempunyai tahap BDNF (brain-derived neurotrophic factor) yang lebih tinggi berbanding mereka yang mandi menggunakan air sejuk.
BDNF iailah sejenis protein yang mempunyai fungsi penting kepada otak dan juga saraf tunjang.
Mandi menggunakan air panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berlaku iritasi seperti gatal.
Suhu yang lebih tinggi seperti panas akan membuatkan kulit lebih mudah kering. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema ia mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.
Suhu yang panas akan menyebabkan sel mast (yang mengandungi histamin) untuk melepaskan kandungan mereka kepada kulit dan kemudian menyebabkan berlakunya gatal-gatal.
Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular, mandi menggunakan air panas mungkin tidak boleh diamalkan selalu kerana bimbang ia akan memudaratkan keadaan anda.
Oleh itu, anda perlulah bijak untuk memilih suhu manakah yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri apa yang penting pastikan anda mandi dengan bersih.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…