Cuaca yang sering hujan di kebanyakan kawasan sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir.
Antara kawasan yang terjejas adalah di Melaka, Pahang, dan juga Johor. Situasi ini menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Meskipun banjir merupakan salah satu bencana buruk namun situasi ini turut mendatangkan pelbagai peristiwa yang adakalanya sedih, gembira dan juga lucu.
Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada seorang pak cik ini apabila tersalah memaklumkan kepada anaknya sudah selamat berpindah ke PPS sehingga membuatkan ramai geli hati.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Teacher Husna, dia menyatakan bapanya merupakan salah seorang mangsa yang terkesan dengan banjir di Yong Peng, Johor.
Bapanya itu kemudian membuat satu rakaman video untuk dihantar kepada anak perempuannya itu bahawa dia telah selamat dipindahkan ke PPS.
Namun apa yang melucukan bapa wanita itu tidak menyebut pusat pemindahan sebaliknya menyatakan dia berada di pusat pemulihan.
“Ayah dekat pusat pemulihan kena duduk sini,” katanya sambil menunjukkan suasana di sekitar PPS tersebut.
Video yang dihantar oleh bapanya itu secara tidak langsung telah membuatkan anak kedua itu terhibur sambil bergurau meminta ayahnya berkata perkara yang sebetulnya.
“Ayah jangan buat angah makin risau ye kat sini… ayah cakap betul-betul ayah dekat pusat pemulihan ke kat pusat pemindahan?” tulis Teacher Husna di kapsyennya.
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut malah ada yang berkongsi bahawa orang tua mereka juga adakalanya tersasul sehingga membuatkan mereka ketawa.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…