Ini 10 Jenis Makanan & Minuman Yang Boleh Sesuai Diambil Ketika Cuaca Panas

Tidak dinafikan cuaca panas ketika ini bukan sahaja membuatkan kita berasa tidak selesa malah ia turut membahayakan kesihatan.

Ini kerana, cuaca yang panas dan perubahan suhu yang meningkat boleh menyebabkan seseorang itu diserang strok haba dengan simptom seperti pening, kekurangan air dalam badan, muntah serta banyak lagi.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri dari berlakunya strok haba anda sering kali dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar dan sentiasa minum air yang cukup.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh diambil agar badan sentiasa kekal hidrasi.

Perkara ini turut dikongsikan oleh Doktor Ahmad Samhan iaitu seorang pengamal perubatan yang sering berkongsi tips kesihatan menerusi ciapan di Twitter.

Tanpa berlengah lagi dan membiarkan anda menunggu dalam keadaan panas jom kami kongsikan 10 jenis makanan yang boleh diamalkan.

#1 Buah Tembikai

Untuk pengetahuan anda buah tembikai mengandungi 90% air di mana ia dapat membantu badan anda kekal hidrasi.

Selain itu, buah ini juga mengandungi serat yang dapat mengurangkan masalah sembelit.

Untuk lebih sedap lagi, simpan tembikai di dalam peti sejuk. Pasti ia akan membuatkan anda lega ketika menikmatinya!

#2 Teh panas

Foto: Pexels

Minum air panas ketika cuaca panas? Seperti tidak sesuai tapi tahukah anda minum air panas dapat meregulasi suhu badan.

Selain itu, teh panas juga merupakan sejenis diuretik yang akan menyebabkan anda kerap membuang air kecil serta berpeluh.

Badan mungkin akan kehilangan banyak air kerana anda kerap kencing dan berpeluh namun proses evaporasi yang berlaku boleh menjadikan badan anda lebih sejuk dari sebelumnya.

Bagi minuman berais pula ia dapat mengurangkan rasa dahaga.

#3 Air Kelapa

Kebiasaanya setiap kali demam pasti kita akan dicadangkan untuk minum air kelapa.

Ini kerana, air mineral sebenarnya boleh membantu anda untuk kekal hidrasi selain ia mempunyai banyak nutrien semula jadi.

Antara mineral yang dimiliki oleh air buah ini adalah kalsium, magnesium, fosforus serta potassium yang bagus untuk badan.

Malah rasa yang manis pasti akan membuatkan anda mengemarinya.

#4 Timun

Foto: Pexels

Selain tembikai, timun juga mengandungi hampir 95% air.

Untuk lebih memudahkan atau menarik minat anda bagi memakannya cuba letakkan sayur ini di dalam peti sejuk dan makan secara mentah seperti salad.

Anda juga boleh mempelbagaikan cara memakannya namun elakkan dari memasak timun kerana ia boleh menyebabkan air di dalam timun hilang selepas dimasak.

#5 Sup

Sup yang panas mempunyai tindak balas yang sama seperti minum teh panas iaitu dapat membantu menyejukkan badan.

Selain itu, sup merupakan antara cecair yang boleh menyumbang air ke dalam badan.

Cuba buat sup yang menjadi minat anda atau anak-anak. Mungkin hidangan ini dapat membantu mereka kekal hidrasi.

Yelah tidak semua kanak-kanak mudah untuk minum air kosong secara banyak, maka sup dan buah-buahan sedikit sebanyak dapat membantu anda menangani masalah ini.

#6 Yogurt

Foto: Freepik

Yogurt bukan sahaja bagus untuk sistem penghadaman malah ia juga turut mempunyai protein yang dapat membantu perut berasa kenyang.

Selain itu, makanan tenusu ini dapat membantu anda untuk mengurangkan anda dari makan makanan yang tinggi kalori dan garam.

#7 Jus buah-buahan sitrus

Bagi mereka yang gemarkan makanan masam, anda boleh mengambil jus buah-buahan sitrus seperti limau, lemon, oren dan banyak lagi.

Ini kerana, buah-buahan tersebut kaya dengan vitamin C serta potassium dan ia merupakan nutrien yang penting untuk di ambil terutama ketika berdepan dengan cuaca panas.

#8 Mangga

Mangga dapat membantu mengurangkan strok haba. Ini kerana ia mengandungi vitamin A dan C yang secara tidak langsung boleh meningkatkan sistem imun badan.

#9 Jagung

Jagung dapat memberikan badan lutein dan zeaxanthin iaitu sejenis antiokasidan yang penting kepada kesihatan mata.

Antioksidan dapat mengurangkan risiko seperti degenarasi makula yang boleh menyebabkan buta di kalangan warga emas.

#10 Minum air kosong

Foto: Pexels

Air kosong merupakan cecair yang sangat penting kepada badan. Oleh itu, kita semua disarankan untuk minum air yang cukup terutama ketika musim panas.

Ini kerana, setiap hari manusia akan kehilangan antara 2 hingga 2 liter setengah cecair melalui perkumuhan seperti peluh, pernafasan, pembuangan air kecil dan sebagainya.

Jika di waktu biasa, selalunya kita disarankan untuk minum 6 ke 8 gelas sehari namun ketika berdepan cuaca panas ini anda mungkin perlu menambahnya agar badan kekal hidrasi.

Artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

15 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

16 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

16 hours ago