Khas Buat Wanita, Ini 5 Tips Atasi Masalah Senggugut Ketika Datang Bulan

Bagi setiap wanita, sudah menjadi lumrah setiap bulan akan mengalami fasa atau kitaran yang dikenali sebagai haid.

Namun, ada di antara wanita yang akan mengalami senggugut atau kekejangan ketika berada dalam fasa tersebut.

Keadaan ini sudah semestinya menganggu aktiviti harian malah yang lebih teruk sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti sakit kerana kesakitan yang dihadapinya.

Kebiasaannya, senggugut yang dialami bukan disebabkan oleh masalah serius, namun ia boleh diatasi dengan mengamalkan lima tips ini.

#1 Mampatan Haba

Foto: Freepik

Sekiranya anda mengalami senggugut ketika datang haid, anda disarankan untuk meletakkan tampalan (patch) panas atau botol berisi air panas yang dibalut menggunakan tuala kecil di bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan.

Pada masa kini, terdapat pelbagai pilihan di pasaran yang menjual patch panas khusus untuk wanita yang mengalami senggugut ketika fasa datang bulan.

Malah, dengan langkah ini juga, ia dapat membantu menenangkan otot pinggul sekali gus meredakan sakit.

#2 Pengambilan Ubat Tahan Sakit

Foto: Freepik

Sekiranya kesakitan yang dialami tidak tertanggung, maka anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti ubat antiradang nonsteroid (NSAID). Ubat ini dikatakan berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.

Malah, pada ketika ini juga terdapat ubat yang khusus untuk wanita mengatasi simptom haid seperti Panadol Menstrual yang berwarna pink.

Berdasarkan satu tinjauan, ubat tahan sakit sangat berkesan bagi mengurangkan kesakitan senggugut teruk dalam ujian klinikal. Malah, ia memberikan kesan yang lebih baik berbanding aspirin.

Namun, anda disaran untuk mendapatkan nasihat doktor khususnya bagi penggunaan ubat NSAID dalam mengurangkan senggugut.

#3 Pengambilan Makanan Tambahan & Vitamin

Foto: Freepik

Bagi mengurangkan kekejangan ketika datang bulan, anda disaran untuk mengambil makanan tambahan (suplemen) dan juga vitamin seperti vitamin B dan magnesium bagi mengatasi masalah ini.

Terdapat kajian yang menunjukkan, gabungan vitamin B khususnya Vitamin B6 dan magnesium dapat mengurangkan simptom berkaitan Premenstrual Syndrome (PMS) seperti kembung, insomnia, bengkak kaki dan payudara serta penambahan berat badan.

#4 Penjagaan Makanan

Foto: Freepik

Untuk menghilangkan senggugut daripada berlaku setiap bulan, anda disarankan untuk menjaga pemakanan dan mengamalkan diet yang seimbang.

Pengambilan air yang mencukupi serta makan buah-buahan dan sayur-sayuran bersama makanan anti radang yang lain dikatakan dapat membantu mengurangkan keradangan serta melegakan kekejangan yang dialami terutamanya sakit belakang.

#5 Rehat & Bertenang

Foto: Freepik

Ketika menghadapi kesakitan, anda dinasihatkan untuk berehat dan bertenang tanpa memfokuskan kepada kesakitan yang dialami.

Walaupun rasa sakit itu menghalang anda dari melakukan aktiviti harian, cuba untuk tidak memfokuskannya dengan melakukan aktiviti santai seperti membaca buku kegemaran, melakukan yoga yang mudah atau mandian panas yang dapat meningkatkan endorfin.

Langkah ini sedikit sebanyak membantu anda melawan kesakitan secara semula jadi tanpa perlu bergantung kepada ubat.

Kesimpulannya, cubalah lima tips ini sekiranya anda sering mengalami senggugut yang teruk pada setiap bulan.

Namun, sekiranya sakit semakin berlanjutan dan berpanjangan, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan doktor. Selamat mencuba!

[Fun facts] Tahukah anda sudah ada beberapa negara yang mula memberikan cuti kepada wanita yang mengalami senggugut teruk ketika datang bulan antaranya Sepanyol dan Korea Selatan.

Baca Artikel Berkaitan: Sepanyol Tawar Cuti 3 Hari Buat Pekerja Wanita Yang Alami Masalah Ketika Datang Haid

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Alami Senggugut? Amalkan 4 Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

17 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

18 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

18 hours ago