Tak Nak Pinjam Terlalu Lama? Ini 5 Tips Selesaikan Loan Rumah Dengan Cepat!

Menyewa atau membeli rumah seringkali menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan individu pada masa kini.

Ini kerana sesetengah orang lebih memilih untuk menyewa berbanding membeli kediaman sendiri susulan harga rumah pada ketika ini dilihat tidak masuk akal.

Namun, ada juga segelintir individu yang telah membeli rumah berasa terbeban dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar pada setiap bulan.

Harus diingatkan bahawa pinjaman perumahan lazimnya berbeza dengan pinjaman peribadi kerana tempoh pinjaman yang lama hingga mencecah 30 tahun.

Walau bagaimanapun, anda boleh mencuba lima tips ini sebagai panduan untuk segera menyelesaikan tempoh pinjaman rumah anda!

#1 Buat Bayaran Deposit Melebihi 10%

Foto: Freepik

Tahukah anda, dalam membuat pinjaman seperti pinjaman kereta, anda perlu menyediakan 10% daripada harga kereta sebagai bayaran muka atau deposit. Begitulah juga dengan membeli rumah.

Bayaran deposit sememangnya memberi kesan kepada bayaran bulanan pinjaman anda. Semakin tinggi deposit, semakin kurang ansuran bulanan yang anda perlu bayar.

Sekiranya mampu, anda digalakkan untuk menyediakan deposit sekurang-kurangnya pada kadar 15% hingga 20% bagi mengurangkan beban bayaran bulanan.

Dengan bayaran deposit yang tinggi, ia akan memberikan penjimatan lebih besar.

#2 Pilih Pinjaman Rumah Jenis Flexi

Foto: Freepik

Namun begitu, tidak semua orang mampu menyediakan jumlah deposit yang besar sewaktu membeli rumah.

Bagi individu yang tidak boleh menyediakan bayaran muka yang tinggi, anda digalakkan untuk memilih pinjaman rumah bersifat fleksibel.

Melalui jenis pinjaman flexi, anda boleh membayar extra bagi bayaran bulanan pinjaman. Melalui cara ini, ia membantu mengurangkan kadar faedah dan tempoh pinjaman perumahan yang dilakukan.

Namun begitu, terdapat caj atau yuran bulanan tetap yang perlu dibayar sekitar RM5 hingga RM10 sebagai bayaran akaun anda untuk kekal aktif.

Buat anda yang tidak tahu, terdapat tiga jenis pinjaman rumah yang membolehkan anda untuk membuat pilihan, iaitu:

  • Basic Term
  • Syarat pembayaran yang tidak fleksibel
  • Tiada pengurangan faedah atau tempoh pinjaman dipendekkan
  • Pembayaran balik mengikut jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan dan mengikut tempoh dalam surat tawaran pinjaman.
  • Bayaran tambahan (extra) akan dibawa ke bayaran ansuran bulan seterusnya
  • Semi-Flexi
  • Syarat pembayaran yang fleksibel
  • Boleh bayar extra kalau mahu hutang diselesaikan dengan cepat
  • Bayaran extra boleh bantu kurangkan bayaran faedah dan jumlah prinsipal
  • Boleh keluarkan bayaran lebihan jika perlu. Namun, proses ini mengambil masa dan ada caj pengeluaran sebanyak RM50.
  • Full Flexi
  • Ciri pembiayaan lebih baik daripada bayaran semi-flexi.
  • Individu boleh lakukan pembayaran extra dengan proses yang lebih cepat, namun ada yuran bulanan yang dikenakan.
  • Kadar faedah yang lebih tinggi daripada biasa dan tidak banyak bank yang menawarkan loan ini.

Jadi, pilihlah jenis pinjaman yang sesuai dengan kemampuan dan bajet bulanan anda!

#3 Bayar Lebih Setiap Bulan

Foto: Freepik

Buat anda yang memilih pinjaman jenis fleksibel dan ada pendapatan tambahan bulanan, anda digalakkan untuk membayar bayaran pinjaman perumahan extra pada setiap bulan sebanyak tambahan sekurang-kurangnya RM100.

Langkah ini mampu membantu anda untuk menyelesaikan pinjaman rumah dengan lebih cepat terutama jika anda menggunakan pinjaman jenis fleksibel.

Malah, ia lebih jimat berbanding anda membayar pinjaman rumah seperti biasa dengan jumlah bayaran kadar faedah yang tinggi.

#4 Tetapkan Lebihan Bayaran Pada Setiap Tahun

Foto: Freepik

Sekiranya anda mempunyai pendapatan tahunan yang tetap seperti bonus atau dividen tahunan hasil daripada simpanan atau pelaburan seperti Amanah Saham Berhad (ASB), anda boleh menetap dan membuat bayaran tahunan extra setiap tahun.

Misalnya, sekiranya anda menetapkan bayaran RM3,000 serta bayaran extra bulanan sebanyak RM100, cara ini sudah pastinya membantu anda menyelesaikan pinjaman dengan lebih cepat malah kadar faedah juga dapat dikurangkan.

#5 Guna Duit KWSP Sebagai Bayaran Loan Rumah

Foto: Malay Mail

Buat bayaran pinjaman perumahan menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga merupakan antara kaedah yang boleh gunakan untuk menyelesaikan tempoh pinjaman dengan lebih cepat.

Tahukah anda, duit daripada akaun 2 KWSP boleh digunakan untuk membuat deposit atau bayaran bulanan pinjaman rumah.

Jika anda membuat bayaran bulanan menggunakan duit KSWP sebanyak RM50,000 dan bayar secara lump sum, ditambah pula dengan bayaran extra RM100 sebulan serta RM3,000 setahun, loan rumah yang berharga RM300,000 dapat diselesaikan hanya tempoh 15 tahun.

Walau bagaimanapun, langkah ini tidak digalakkan sekiranya KWSP menawarkan kadar dividen yang lebih tinggi berbanding kadar faedah pinjaman perumahan.

Ini kerana langkah ini boleh merugikan dan anda tidak akan menikmati pulangan faedah yang banyak sekiranya membuat pengeluaran yang besar dari akaun 2.

Secara kesimpulannya, anda boleh untuk memendekkan tempoh pinjaman perumahan dan tidak perlu membayar bagi tempoh yang lama.

Namun, segalanya bergantung kepada kemampuan dan poket anda untuk membuat bayaran extra atau menggunakan akaun simpanan sedia ada.

Apa-apa pun, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak berkenaan atau bank bagi menilai kemampuan bayaran bulanan pinjaman rumah. Yang pastinya, pilih cara yang tidak membebankan anda pada masa hadapan!

Baca Artikel Berkaitan: Anda Pembeli Rumah Pertama? Ini Perbezaan Skim Rumah Pertamaku Dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan

Baca Artikel Berkaitan: 10 Daripada 100 Rakyat Malaysia Beli Rumah Tak Sepadan Dengan Gaji

Recent Posts

  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

31 mins ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

34 mins ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

3 hours ago
  • Trending

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…

4 hours ago
  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

4 hours ago