fbpx
Now Reading
Anda Pembeli Rumah Pertama? Ini Perbezaan Skim Rumah Pertamaku Dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan

Anda Pembeli Rumah Pertama? Ini Perbezaan Skim Rumah Pertamaku Dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan

Kerajaan telah menggantikan Skim Rumah Pertamaku dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan bermula 1 April 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Untuk anda yang ingin membeli rumah buat pertama kali, pastinya anda buntu dalam memilih skim pembiayaan yang bersesuaian dengan anda.

Sebelum ini, bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama, kerajaan telah melancarkan inisiatif Skim Rumah Pertamaku pada tahun 2011.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama memperolehi pembiayaan sepatutnya apabila mahu membeli rumah tanpa perlu membayar 10% deposit.

Namun, inisiatif ini telah dihentikan pada 1 April 2023 dan digantikan dengan inisiatif lain yang dikenali sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Kedua-dua skim ini mempunyai fungsi yang sama namun, terdapat perbezaan dalam beberapa perkara.

Menerusi akaun tiktok @PropertyGuruMalaysia, terdapat lima perbezaan bagi kedua-dua skim ini yang patut anda tahu.

#1 Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan bagi kedua-dua skim ini adalah berbeza.

  • Skim Rumah Pertamaku – maksimum 35 tahun atau usia pemohon tidak lebih 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan – tempoh pembiayaan ialah sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)

#2 Harga Rumah

  • Skim Rumah Pertamaku – harga rumah maksimum RM500,000
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan – harga rumah maksimum RM400,000

#3 Syarat Memohon

  • Skim Rumah Pertamaku – pemohon perlu mempunyai pendapatan tetap atau bekerja sendiri. Pendapatan pemohon tidak melebihi RM5,000
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan – pemohon perlu mempunyai pendapatan minimum RM1,000 dan skim ini terbuka kepada untuk golongan yang berpendapatan tetap, tidak tetap atau bekerja sendiri.

#4 Umur Pemohon

  • Skim Rumah Pertamaku – pemohon warganegara Malaysia dan perlu berumur 35 tahun ke bawah
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan – pemohon warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas, pinjaman dua generasi dibenarkan

#5 Agensi Yang Terlibat

  • Skim Rumah Pertamaku : terdapat 23 bank yang terlibat dengan skim ini antaranya seperti Maybank dan CIMB.
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan : hanya 17 institusi kewangan yang menyertai skim ini antaranya seperti Agro Bank & Bank Islam

Kesimpulannya, setiap pembiayaan mempunyai kelebihan yang berbeza. Skim Jaminan Kredit Perumahan yang baru diperkenalkan ini sebenarnya dilihat membuka peluang lebih ramai individu untuk memiliki rumah pertama.

Untuk info, anda boleh layari laman web rasmi SJKP bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.