Anda Bakal Berkahwin? Ini 7 Perancangan Kewangan Yang Boleh Dilakukan Suami Isteri
Antara perkara yang perlu dirancang apabila mendirikan rumah tangga adalah lakukan majlis dengan kos yang bersesuaian mengikut kemampuan anda dan pasangan, elakkan daripada berhutang hanya untuk nampak gah di mata orang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu yang hidup di dunia ini pasti mempunyai niat untuk berkahwin pada suatu hari nanti.
Malah mungkin anda yang sedang membaca pada artikel ini sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan mahligai indah bersama pasangan.
Namun dalam membina rumah tangga ini antara perkara yang sering menjadi kebimbangan kepada setiap pasangan pastinya isu kewangan.
Oleh itu, sebagai persediaan kami akan berkongsi beberapa langkah perancangan kewangan yang boleh dilakukan sepertu yang diciap oleh Afyan Mat Rawi di Twitter miliknya.
Jadi tunggu apa lagi, anda pun dah tak sabar nak kahwin ni. Mari kita mulakan.
#1 Rancang majlis perkahwinan dengan kos sesuai
Kebiasaanya apabila ingin berkahwin tentu anda akan melakukan majlis perkahwinan. Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan majlis mengikut kos yang bersesuaian.
Usah terlalu mengikut trend atau memikirkan kata-kata orang apa yang penting elakkan daripada berhutang hanya kerana inginkan majlis yang grand.
#2 Mula menabung beli rumah
Antara perkara yang penting selepas mendirikan rumah sudah tentunya rumah. Maka sebaik sahaja berkahwin anda boleh mula untuk menabung membeli rumah pertama.
Jika sudah dimulakan lebih awal iaitu sebelum berkahwin itu juga bagus kerana mungkin ia akan mempercepatkan sedikit masa untuk membelinya.
Sebaiknya rancang untuk beli rumah dahulu sebelum kereta kerana kebiasaanya ramai yang berhabis duit kerana membayar ansuran kenderaan dan juga penyelenggaraan.
Jadi fikir baik-baik sebelum melakukan sebarang pembelian.
#3 Jangan malu dengan apa juga jenis rumah yang dibeli
Segelintir masyarakat mungkin malu jika rumah yang dibeli itu adalah rumah pangsa atau daripada kos rendah yang kurang menarik.
Jangan bimbang! Apa yang penting anda mempunyai tempat yang baik untuk berlindung, dan duit yang dilaburkan sudah tentu kepada aset sendiri tidak seperti menyewa.
#4 Pilih kenderaan sesuai
Setiap orang pastinya mempunyai ciri-ciri kenderaan yang ingin dimiliki namun sebelum anda bertindak untuk membelinya cuba buat senarai mengikut kemampuan anda.
Jangan lupa kenderaan ini mempunyai penyelenggaraan secara bulanan yang perlu dijaga, sekurang-kurangnya kita perlu membuat ‘basic service’ agar ia kekal berfungsi dengan baik apabila digunakan.
#5 Gabung gaji bersama untuk rancang kos hidup keluarga
Menyara keluarga sememangnya tanggungjawab seorang suami, namun yelah baru mula ingin hidup berkeluarga pasti sedikit sebanyak ada kekurangan dari segi kewangan bukan?
Maka jangan malu cuba berbincang dengan isteri untuk menggabungkan gaji anda berdua bagi menyara keluarga.
Sebagai contoh anda boleh bahagikan mengikut formula 30% untuk isi rumah, 30% hutang, 5% ekstra, 5% pemberian dan 30% lebihan.
Selain itu ada juga perlu pastikan bahawa perbelanjaan bagi isi rumah serta hutang piutang tidak melebihi daripada 30% untuk setiap kategori atau paling maksima adalah 60% daripada gabungan kedua-duanya.
Rancang sekurang-kurang 30% untuk 3 perkara iaitu, 10% simpanan, 10% perlindungan takaful, dan 10% pelaburan. Perkara ini adalah untuk perancangan sepanjang masa hingga ke hari tua.
Jika boleh rancang lebih itu adalah lebih baik.
#6 Ambil Takaful perlindungan kewangan
Takaful Income protection atau perlindungan kewangan merupakan suatu perkara yang sangat penting. Yelah kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Oleh itu, sebagai langkah berjaga anda boleh mengambil inisiatif ini demi kebaikan kalian. Sekiranya anda mahu mengambilnya pastikan ia mempunyai perlindu lebih daripa 10 tahu gaji anda.
Cuba tanya kepada individu yang pakar tentang perkara ini dan bezakan yang mana satu lebih memberi manfaat kepada anda.
#7 Perancangan masa depan anak
Apabila sudah berkahwin sudah tentunya anda dan pasangan mahukan cahaya mata. Maka anda boleh mula merancang masa depan mereka sebagai contoh perihal pendidikan.
Umum mengetahui jumlah kos pendidikan tidak kiralah di dalam atau luar negara kedua-duanya mahal. Maka perancangan kewangan yang bagus untuk pendidikan anak secara tidak langsung dapat membantu mereka di masa hadapan.
Jadi ibu bapa boleh menyimpan dengan beberapa cara contohnya Amanah Saham Berhad (ASB), Tabung Haji, Takaful pendidikan, SSPN-i serta banyak lagi.