“Kenapa Perlu Kecam, Saya Bukan Dukung Suami Orang,” Jururawat Cerita Kenapa Dia Bela ‘Kenit’

Dirinya dikritik dan dijadikan bahan bergurau netizen kerana gambarnya mendukung biawak hidup tular di media sosial.

Gadis yang dikenali sebagai Dewi Zulaikha ini tidak berasa geli terhadap biawak yang dianggap haiwan yang kotor oleh orang ramai.

Gadis dari Kuala Kangsar, Perak ini sempat menjaga biawak yang diberi nama Kenit selama tiga bulan.

Selain melihat tindakannya itu sebagai sesuatu yang ‘geli’ kerana biawak dianggap sebagai haiwan kotor, gadis berusia 21 tahun ini turut dituduh sengaja mahu popular dan ‘tunjuk berani’ sehingga sanggup bertindak begitu.

Lebih teruk lagi ada yang mengaitkan tindakannya itu dengan ‘dunia akhir zaman’ dan meramalkan tidak mustahil dia akan ditimpa sial atau terkena badi.

Dewi berkata, dia sedar dirinya dikritik, disindir dan dijadikan bahan lawak gara-gara posting tersebut, tetapi tidak mahu mempedulikannya kerana ada sebab dia memelihara haiwan yang diberi nama Kenit itu.

“Saya jumpa Kenit dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya Julai lalu.

Dia yang mengambil keputusan membebaskan semula Kenit pada Oktober kerana mahu haiwan itu gembira di habitatnya.

“Sebab kasihan, saya terus bawa ‘dia’ balik ke rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan dan lepas sembuh saya lepaskan ‘dia’ walaupun rasa berat hati.”

Menurut Dewi, sebagai seorang pencinta haiwan, istilah ‘takut’ tidak timbul terutama jika melihat mana-mana haiwan cedera atau memerlukan bantuan.

Dewi yang mempunyai koleksi pelbagai spesis ular termasuk ular tedung selar berukuran lebih empat meter yang menjadi  haiwan peliharaannya, ‘berurusan’ dengan biawak bukanlah satu masalah besar untuk dirinya.

Dalam kes ini, Dewi berkata dia amat beruntung kerana tugasnya sebagai seorang jururawat dapat membantunya dari segi langkah penjagaan kebersihan dan pencegahan jangkitan kuman setiap kali dia menyentuh haiwan.

“Saya pakai sarung tangan, buat ‘hand washing’ setiap kali main atau bawa Kenit jalan-jalan, saya juga mandikannya dengan air bersih.

“Biarlah apa orang nak cakap yang penting biawak pun makhluk Allah, tak haram disentuh

dan saya tak seksa Kenit,”

katanya yang memberi Kenit makan isi ayam ketika berada bawah jagaannya.

Dewi berkata dia tidak pernah menyesal memelihara Kenit dan memuat naik gambar bersamanya di Facebook walaupun dirinya dikecam.

“Kenapa nak cakap ‘dia’ kotor, mulut orang yang cakap tu bersih ke?

“Lainlah viral saya dukung suami orang, yang itu nak kecam, kecamlah,” katanya.

Dewi berkata setakat ini dia mempunyai 26 jenis ular dan beberapa haiwan lain yang dibeli dan ditangkap sendiri.

Katanya, selain digunakan untuk pertunjukan, dia juga akan membuat pertimbangan untuk menjual haiwan-haiwan ini jika ada yang berminat.

Menurutnya setiap haiwan yang dipelihara mempunyai risiko apabila dipelihara dan dia juga tidak terlepas daripada dipatuk ular.

“Adalah sikit-sikit saya belajar daripada orang dulu-dulu,” jelasnya ketika ditanya jika mempunyai sebarang ilmu menundukan dan menjinakkan haiwan berbahaya.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

14 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

15 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

16 hours ago