Soalan “Bila Nak Kahwin?” Penyebab Maut

Seorang lelaki nekad membunuh seorang jirannya yang sedang hamil, gara-gara terlalu kerap ditanya tentang dirinya yang masih membujang, lapor portal berita Detik.com.

Pemuda berusia 28 tahun yang hanya dikenali dengan nama Nunur itu membunuh wanita bernama Iis Aisyah pada Jumaat (19 Januari 2018) lalu di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat.

Pesuruhjaya Polis Garut, Budi Satria Wiguna berkata, sewaktu kejadian, Nunur sedang duduk termenung di depan rumahnya. lis yang melintas di depannya terus menasihatkan Nunur supaya cepat berkahwin.

“Suspek menyatakan bahawa wanita itu berkata ‘cepatlah kahwin, yang lain semua sudah menikah, kenapa kau tak kahwin-kahwin?’. Ternyata kata-kata itu menyinggung emosi suspek,” kata Budi Satria seperti yang dipetik dalam media tempatan.

Lantaran rasa dirinya terhina, Nunur datang ke rumah mangsa. Nunur lantas dipelawa masuk ke ruang tamu kerana mangsa tidak menyangka sebarang ancaman daripadanya.

Menurut polis, sewaktu mangsa hendak menuju ke salah satu bilik di rumah itu, Nunur mengekori dari belakang lalu menolaknya ke atas katil.

Walaupun cuba melawan dengan menggigit jari suspek, itu tidak berupaya melawan tenaga dan kemarahan suspek dan mangsa telah dicekik hingga mati.

“Suspek sempat mencuri wang mangsa berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) dan sebuah telefon bimbit,” ujar Budi Satria.

Suspek seterusnya melarikan diri ke Kalideres, Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesannya lalu ditangkap.

Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain.

Recent Posts

  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

27 mins ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

38 mins ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

2 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

2 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

18 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

18 hours ago