Lelaki warga emas parah selepas dipercayai dikejar dan dipijak gajah pada jam 4.30 petang di Kilometer 19 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik- Jeli, Gerik, semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa M Paramanazan,69, patah tangan kiri, patah tulang rusuk kiri, luka di lengan kanan dan patah tulang leher.
Siasatan awal mendapati mangsa bersama anaknya menaiki lori melalui JRTB ke arah Gerik.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Mat Isa berkata mangsa bersama anaknya kemudiannya memberhentikan lori di lokasi itu untuk melihat gajah di kawasan berkenaan.
“Mangsa kemudiannya dipercayai dikejar gajah berkenaan sebelum dipijak dan anak mangsa yang berada di dalam lori bergegas turun dan membawa mangsa ke hospital.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Manakala di Instagram, seorang pengguna Instagram memuat naik gambar gajah yang berada di Taman Negeri Royal Belum dengan sedikit tips jika terserempak dengan gajah ketika memandu.
Sumber : Hmetro
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…