Milo Sebenarnya Menyihatkan Atau Tidak?

Baru-baru ini viral di Facebook video daripada seorang  seorang aktivis media sosial yang tular baru-baru ini mendakwa kononnya produk Milo mengandungi kadar gula terlalu tinggi iaitu sebanyak 40 peratus bagi setiap hidangan.

Video tersebut mendapat perhatian daripada pihak Nestle sendiri dan memberi kenyataan tentang video tersebut.

Nestle Malaysia menyangkal dakwaan produk Milonya mengandungi kadar gula yang tinggi.

Sebaliknya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Halal syarikat, Othman Md Yusoff berkata, jika pengguna mengambil minuman itu mengikut cadangan hidangan, kandungan gula hanya sekitar enam peratus.

“Kandungan  40 peratus gula (setiap  hidangan) yang dimaksudkan itu merujuk kepada serbuk yang belum dibancuh dengan air. Milo yang dibancuh hanya mengandungi sekitar enam peratus gula sahaja.

“Daripada enam peratus itu pula hanya tiga peratus sahaja gula yang ditambah manakala lagi tiga peratus adalah gula semula jadi daripada kandungan susu (laktosa) yang terdapat dalam serbuk Milo itu,” jelasnya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata, sekiranya pengguna menyediakan minuman itu mengikut sukatan seperti yang dicadangkan pada bungkusan Milo iaitu lima sudu dicampur dengan 200 mililiter air maka minuman berkenaan tidak akan mengandungi kadar gula berlebihan.

Masalah timbul apabila pengguna tidak mengikut cadangan sukatan hidangan dengan menambahkan gula atau susu pekat dalam minuman itu, katanya.

Sumber : Bernama

 

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago