Klip Video Namawee ‘Like A Dog’ Kontroversi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan penyanyi rap Namewee susulan klip videonya bertajuk ‘Like A Dog’ yang menggores  perasaan dan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dipercayai berada di luar negara ketika ini.

“Kita masih kesan beliau (Namawee)… dipercayai berada di luar negara. Siasatan sedang dijalankan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya ketika dihubungi Isnin.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya itu.

Mohamad Fuzi berkata kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Minggu lepas, Namewee memuat naik klip video terbaharunya bersempena  Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Namun Namawee yang sudah mengetahui akan perkara ini ada menjelaskan tentang video ‘Like A Dog’ melalui YouTube miliknya.

Sumber : Bernama , YouTube Namawee.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago