Fatimah Az-Zahrah Pilihan Siti Nurhaliza dan Suami

Penyanyi kesayangan satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan dan keselamatannya untuk bersalin hari ini.

“Alhamdulillah, atas kurniaan Allah SWT. Terima kasih di atas ucapan tahniah diberikan.

“Dengan rasa penuh rendah hati, saya dan suami ingin menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan kami. Syukur ya Allah,” katanya

Sementara itu, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memaklumkan nama panggilan sementara anak mereka ialah Fatimah Az-Zahra.

“Untuk tempoh seminggu ini, sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih Fatimah Az-Zahra untuk bayi baru lahir ini.

“Pilihan nama sudah ada. Kami akan umumkan pada majlis yang akan dianjurkan kemudian,” katanya.

Ucapan terima kasih Siti dikongsikan di Instagram miliknya berserta sedutan video lagu Comel Pipi Merah yang dicipta khas untuk anak perempuannya.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan bilik anak perempuannya di kediaman mereka dan bilik hospital yang dihias berlatarkan rona merah jambu.

Sehingga kini, video itu sudah ditonton lebih 200,000 dalam masa kurang 30 minit dan mendapat lebih 60,000 likes.

Menerusi akhbar ini, berita kelahiran anak pertama Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang dikongsi di Facebook Harian Metro mendapat lebih 44,000 likes dengan lebih 1,600 komen, dikongsi lebih 1,000 pelayar dan dilihat hampir 500,000.

Selain media tempatan, berita kelahiran Siti turut mendapat liputan meluas media Indonesia.

Siti dan suami berkahwin pada 21 Ogos 2006. Selepas 11 tahun berkahwin, Siti mengumumkan dia hamil empat bulan menerusi kaedah In vitro fertilization (IVF).

Dua minggu sebelum bersalin, Siti berkongsi dia memilih proses melahirkan secara pembedahan atas nasihat doktor.

Siti selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada 8.17 pagi tadi.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

3 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

5 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

6 hours ago