“Jangan Jadi Lelaki Yang Pengecut..” – Wanita Hamil Anak Pemuzik Tuntut Janji

Seorang wanita tampil menuntut pemuzik sebuah kumpulan rock menunaikan janji dan bertanggungjawab terhadap bayi sedang dikandung yang didakwanya hasil hubungan dengan lelaki itu.

Membuat pengakuan eksklusif kepada BH Online, wanita yang hanya dikenali sebagai Sofia itu kesal dan hilang punca apabila lelaki yang digelarnya Mr X bertindak memutuskan hubungan selepas pertemuan terakhir mereka pada 18 April lalu.

“Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah. Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah,” katanya pada satu pertemuan, baru-baru ini.

Sofia mendakwa, hubungannya dengan pemuzik itu dikatakan semakin panas selepas lelaki itu bertindak merosakkan telefon bimbitnya selain menyekat panggilannya.

“Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya, malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya,” dakwanya.

Sofia berkata, dia sudah lama mengenali pemuzik itu, namun mula menjalin hubungan cinta kira-kira setahun lalu.

“Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya.

“Saya tidak minat untuk mengungkit kisah lalu dan kesilapan yang dilakukan. Cuma, saya mahu menuntut hak saya dan bayi yang sedang dikandung ini,” katanya.

Sofia berkata, dia mahu pemuzik terbabit bernikah dengannya supaya anak yang dikandungnya itu dilahirkan berbapa.

“Bayi ini tidak berdosa dan saya tidak mahu dia malu dengan statusnya apabila besar nanti. Mr X tidak patut buat begini. Saya tidak pernah berkira, malah sudah banyak berkorban terutama ketika dia berdepan masalah kewangan,” dakwanya.

Sofia mendakwa, dia juga kesal apabila pemuzik itu tidak mempertahankan dirinya ketika kakak lelaki itu mencemuh dan menghamburkan kata kesat.

“Ini bukan soal saya gila glamor atau sebaliknya. Saya tahu dia tidak berharta, malah saya menerima dia seadanya kerana percaya kepada cinta yang dihulurkan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago