Ditangkap Kerana Buat Kiki Challenge

Pendakwa Awam Abu Dhabi pada Isnin mengarahkan penangkapan tiga personaliti media sosial kerana membahayakan nyawa pengguna lalu lintas lain ketika mereka melakukan ‘Kiki Challenge’ di jalan raya.

Jabatan Kehakiman Abu Dhabi dalam satu kenyataan memaklumkan mereka telah melanggar perintah awam dan menggunakan media sosial untuk mempromosikan amalan yang tidak sesuai dengan nilai dan tradisi masyarakat negara itu.

Menurut pendakwa awam, mereka yang melakukan Kiki Challenge boleh berdepan hukuman penjara atau denda di bawah Kanun Keseksaan Persekutuan dan Undang-undang No 21 1995 mengenai peraturan trafik.

“Pegawai jabatan kehakiman berhak menangkap mana-mana individu yang melakukan perbuatan itu,” jelasnya lagi.

Sejak tiga hari lalu, hashtag #Kiki yang menggunakan lagu ‘In My Feelings’ nyanyian Drake telah menjadi trending di rangkaian media sosial.

Idea di sebalik Kiki Challenge ini adalah untuk keluar dari kereta ketika ia bergerak perlahan dan menari di luar sambil kenderaan itu masih bergerak. – Gulf News

Sumber :Mstar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

46 mins ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

1 hour ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago