Ingatkan 23 Tahun Rupanya 43 Tahun! Apa Rahsia Wanita Ini Nampak Muda?

Seorang pereka fesyen warga Taiwan, Lure Hsu tiba-tiba menjadi tumpuan netizen gara-gara raut wajahnya yang kelihatan muda meskipun sudah berusia 43 tahun.

Wanita itu dipuji kerana memiliki kulit wajah berseri persis gadis berusia 23 tahun.

Lure turut berkongsi tips kecantikannya dengan netizen.

Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat dan sering bersenam agar kekal sihat dan cergas.

Dalam satu temubual bersama sebuah majalah di Taiwan, Jumaat lalu, Lure berkata masalah kulit yang dialami kebanyakan wanita boleh diatasi dengan menggunakan krim pelembap lebih kerap.

Kecantikan asli yang dimiliki Lure menyebabkan dia kini memiliki seramai 714,000 pengikut di Instagram.

Untuk mengelak daripada terkena sunburn, Lure berkata dia akan menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.

Malah, Lure turut mengambil suplemen seperti Vitamin C dan kolagen.

Bintang sensasi Internet itu turut berkata dia akan memulakan harinya dengan minum secawan kopi tanpa gula.

Dia mendakwa amalan itu membantu menaikkan seri wajahnya.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

25 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

16 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

22 hours ago