Penjelasan Sebenar Disebalik Video Promo Teater Dengan Tarian ‘Pelik’ Yang Tular

Pemilik dan pengasas Sanggar Teater, Fauziah Nawi, tidak berkecil hati apabila video pemain teater Kembang Layarku yang membuat persembahan di acara Selamat Pagi Malaysia, tular dan menjadi bahan ketawa netizen.

Fauziah, 65, ketika dihubungi berkata, dia sendiri tidak menyangka, teater yang dipentaskan di pentas Studio Stefani, Ampang, pada penghujung Julai lalu itu akan tular selepas pementasan selesai.

“Teater Kembang Layarku sebenarnya dah lama dipentaskan. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat liputan meluas, tiket untuk tiga hari pementasan bermula 27 hingga 29 Julai lalu, habis terjual.

“Tapi, saya tak sangka pula yang ia akan tular lebih lewat. Tapi, tak mengapa kerana mungkin selepas tular, ramai akan nampak kewujudan kami (Sanggar Teater),” katanya kepada Harian Metro.

Fauziah berkata, dia mendapat tahu mengenai penularan video itu semalam apabila dimaklumkan oleh pelakon-pelakon Kembang Layarku.

“Mulanya, mereka takut untuk maklumkan mengenai penularan video itu kepada saya. Alasannya, mereka takut saya berkecil hati andai kata mereka memalukan saya di acara TV itu.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mungkin ramai yang tidak faham kisah yang cuba disampaikan menerusi teater itu. Kalau mereka nak kecam dan cakap yang bukan-bukan, saya tak kisah,” katanya.

Tambahnya lagi, penonton hanya melihat sebahagian daripada teater itu dan menganggap itu bahan jenaka.

“Mereka rasa itu jenaka, tapi sebenarnya banyak emosi dipertontonkan. Itu cuma sebahagian saja. Kalau mereka tonton pementasan penuh, mesti mereka faham,” katanya.

Fauziah yang juga pengarah artistik teater itu memberitahu, keempat-empat anak buahnya sudah melakukan yang terbaik.

“Gadis yang membuat persembahan dalam video itu namanya Nurul Syuhada A’zmi. Dia antara pelajar baru di Sanggar Teater dan baru beberapa bulan menyertai kami. Begitu juga Fathi Radzi yang dikatakan ‘keras’ tariannya serta seorang lain pelakon, Iellyas Fietrie Amerudin Mohd Nor Hafiz.

“Turut membuat persembahan adalah pengarah teater itu sendiri iaitu Raihan Mohd Jamil yang bermain gendang. Dia yang paling senior dalam kalangan mereka,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan mementaskan semula Kembang Layarku, Fauziah berkata ia bergantung kepada permintaan dan tajaan.

“Kalau ada permintaan, apa salahnya. Ada juga yang meminta saya untuk membawa Kembang Layarku keluar dari Lembah Klang. Tapi, ia bergantung kepada penajaan kerana kami hanyalah rumah teater kecil,” katanya.

Kembang Layarku adalah hasil tulisan penulis asal Indonesia, Iryanda Mulia Ramly yang bercerita mengenai pengalamannya merantau, meninggalkan tanah tumpah darahnya.

Teater itu juga menampilkan pelbagai emosi orang muda yang bergolak dengan kehendak dan rasa bersalah terhadap ibu bapa kerana menurut kata hati.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

18 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

1 hour ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

6 hours ago