Heliza Helmi Kongsi Pengalaman Jalani Misi Kemanusiaan, Impikan Mati Syahid

Penyanyi terkenal, Heliza Helmi mendedahkan dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan, dia tidak terlepas daripada berhadapan dengan cabaran.

Kata Heliza, setiap kali menyertai misi kemanusiaan, dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa kemungkinan untuk kembali ke tanah air dalam keadaan bernyawa sangat tipis.

“Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk.

“Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar.

“Selepas beberapa minit, tempat yang kami lalui itu meletup (akibat dibom),” katanya seperti  yang dikongsinya dalam program bual bicara terbitan sebuah stesen televisyen tempatan.

Tambah Heliza, dia juga pernah berhadapan dengan situasi selaras senapang berada di bawah dagunya.

“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan mati syahid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senapang yang berada di bawah dagu.

“Saya  berdoa ya Allah ambillah nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai,” katanya lagi.

Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

 

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

21 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago