Perkongsian Ebit Lew Ucap Selamat Berpuasa Kepada Anak dan Isteri Undang Rasa Sebak Netizen

Bermula hari ini, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Sudah pasti ketika ini ramai yang sudah mula mempersiapkan diri untuk menyambut ketibaan bulan penuh barakah itu.

Tidak kurang juga yang berkumpul bersama ahli keluarga untuk bersedia meraikan bulan puasa.

Hal tersebut turut dilakukan oleh pendakwah popular iaitu Ustaz Ebit Lew. Beliau telah memuat naik satu video bersama-sama ahli keluarganya sedang memberi ucapan selamat berpuasa sesama mereka.

Umum sedia tahu bahawa pendakwah ini sangat menghargai isteri serta anak-anaknya dan menggelarkan isterinya sebagai bidadari dalam setiap posting di IG.

Muat naik yang dilakukan Ustaz Ebit Lew memperlihatkan mereka sekeluarga bersalam-salaman dan berpelukkan sebagai tanda kasih sayang dan bersedia untuk mengharungi bulan mulia ini.

“Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku.”

“Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa.”

“Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah.”

Namun begitu, perkongsian tersebut turut diselitkan dengan pelbagai nasihat dan juga amalan-amalan yang boleh dilakukan semasa bulan Ramadan ini.

“Jaga solat Fardhu awal waktu. Solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan. Solat Subuh berjemaah di masjid.”

“Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz.”

“Cari orang miskin dan anak yatim. Bantu keluarga kita yang susah.”

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet seakan terharu dengan cara layanan Ustaz Ebit Lew keatas isteri dan anak-anaknya. Masing-masing berasa sebak dengan perkongsian keluarga pendakwah itu.

Mereka juga mendoakan agar keluarga Ustaz Ebit Lew terus bahagia dan mengucapkan salam Ramadan kepada pendakwah tersebut.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago