Tun M Seru Supaya Bina Masjid Sendiri, Jangan Bergantung Pada Bantuan

Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak penduduk di negara ini untuk membangunkan masjid di kawasan masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak ataupun pihak kerajaan.

Kata Perdana Menteri, beliau pernah ke beberapa negara Islam seperti Mahgribi dan Khazakstan yang mempunyai masjid yang sangat cantik dan indah.

Menurutnya, semua itu dilakukan sendiri oleh penduduk tempatan.

“Masjid-masjid yang didirikan, kebanyakannya oleh orang tempatan itu sendiri. Mereka tidak bergantung kepada orang lain, jauh sekali bergantung kepada orang yang seagama dengan mereka.“Mereka sanggup bertungkus-lumus bukan sahaja mendirikan masjid tetapi juga menghiaskan masjid dengan pelbagai cara, supaya masjid mereka itu adalah antara yang terbaik di dunia,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di perkarangan Masjid An-Najah di Ayer Hitam dekat Jitra, Kedah pada Sabtu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Sementara itu, rata-rata rakyat menerima baik saranan Perdana Menteri itu.

“Orang Islam bangun dengan kudrat sendiri, dengan gaya sendiri, bukan mengharap semua permintaan sumbangan dan sebagainya. Islam sebenarnya mengajar kita untuk berusaha,” kata Timbalan Pengerusi MPN Keadilan Kedah, Dzaher Ahmad.

“Kita kena bangunkan daya saing orang Islam, tunjuk pada masyarakat dunia bahawa orang Islam mampu bina masjid,” katanya ketika ditemui.

Bagi Ketua Publisiti dan Penerangan Pakatan Harapan, Amin Yahya, beliau berpendapat Dr Mahathir sangat prihatin terhadap agama Islam.

“Itulah watak atau wajah sebenar Tun, agama Islam sentiasa dekat di hati. Dengan adanya pengalaman dirinya, dia berkongsi dengan kita,” katanya.

Sumber : Awani.com

Recent Posts

  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

1 hour ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

1 hour ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

2 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

2 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

19 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

19 hours ago