Fizo Omar dan Mawar Tidak Lagi Sehaluan, Bercerai Talak Satu

Status rumah tangga Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya terjawab selepas pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pagi tadi.

Mawar berkata sepanjang enam tahun tempoh perkahwinan dia telah berusaha untuk menyayangi Fizo dan keluarga demi rumah tangga mereka. Katanya lagi, sudah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya namun tiada lagi keserasian antara mereka.

“Selama enam tahun tempoh perkahwinan kami, saya telah cuba dan Fizo telah cuba untuk selamatkan perkahwinan ini.

“Mungkin sampai sini sahaja usaha saya untuk mencari keserasian antara Fizo dan keluarga. Saya korbankan kasih sayang saya demi kebahagiaan Fizo dan keluarga,” katanya kepada Kosmo!

Mengakui masih menyayangi Fizo, Mawar berkata masih terlalu awal untuk mengulas lanjut soal memberikan peluang kedua kepada pelakon itu.

Difahamkan, Mawar sebelum ini menfailkan permohonan cerai pada 5 Julai lalu. Dalam pada itu, hak penjagaan anak mereka iaitu Wan Maryam yang kini berusia dua tahun diberikan kepada Mawar.

Sumber : Kosmo

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

23 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

31 mins ago
  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

1 hour ago
  • Trending

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…

2 hours ago
  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

4 hours ago